Gunung Tok Nenek Single (10-11 DIS) – Part 2

Jika ikut perancangan awal trip ini tidak mendapat permit.. tukar ke Gunung Besar Hantu.. pun sama juga.. ada kes kencing tikus pula so tetiba sweeper cakap eh jadilah pula… so saya pun preparation tu macam eh jadi ke idak?? gitulah.. lagi satu my concern is within my age yang menginjak usia 40 ni you know macam2lah kan..  dengan stamina yang tak adanya.. on and off plus my all time living with slip disc lagi..

Banyak pulak kesnya berlaku semasa nak pegi ni.. dengan hp saya yang battery drained..(so semua gegambar bukanlah dari saya ya.. semuanya belas ihsan semua yang pergi..*terima kasih pada semua*)so petangnya terpaksa detour untuk hantar ke pusat servis, anak yang belum dihantar ke rumah my sis.. hahaha so agak packed gitu our schedule utk packing barang segala.

Sedari awalnya berkumpul di Linea ofis pun terpaksa saya skip sebab sudah lewat untuk kesana, so teruskan sahaja perjalanan dan jumpa di rnr Tapah untuk minum2..

after that teruskan perjalanan untuk ke kampung Raja di Cameron Highlands.. sepanjang jalan tak tidor… sememangnya saya sebegini.. kesiankan orang sebelah yang drive.. so we either eating, talking or karaoking all the way sampai mata panda ..(jenuhla duet hahaha)

Sampai Kg Raja dalam pukul 4am.. so mostly tidor masing-masing didalam kereta.. saya pun sama juga.. ambil kesempatan tak tidor sepanjang perjalanan tu utk lelapkan mata ni.. terbangun bila azan dilaungkan. Semua pun solat plus ada yang sambung tidor balik coz gerai ahkak tu buka only by 7am. so saya reading sekejap while tunggu gerai tu buka untuk sarapan dan tapau makanan untuk lunch nanti di perjalanan.

suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland
suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland

siap jer sarapan, saya makan ubat-ubatan saya.. dan tapau semua makanan tenghari, kami pun gerak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dimana Abg Poji aka abg yang kasi settle apply permit, tukang hanto naik powil plus tukang belikan segala strawberry, jagung bagai plus sayur salad yang diberi percuma sekotak.. yer SEKOTAK ya..

Parking disekolah Kg Raja
Parking disekolah Kg Raja

nampak tak tu?? berderet powil nak hangkut para pendaki2 yang nak ke Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek… tapi group saya ni ke Tok Nenek Single jer.. ada juga hari tu another group yang nak ke YYBTN (Yong Yap, Bubu, Tok Nenek)…

Disini lepas angkat beg segala, naik powil kami meneruskan perjalanan ke Pos Brooke iaitu Kampung Orang Asli.. *bukan Orang Aslia ya* hahahah..

semua naik powil ready to go
semua naik powil ready to go

keadaan lebih kurang macam ni lah dengan abg poji bawak memang mengucap jelah sepanjang jalan

img-20161213-wa0019
Keadaan macam bangla giteww dengan load barang lagi

Dalam half and hour gaksla rasanya naik powil ni… barulah sampai ke Pos Brooke perkampungan orang Asli.

Pos Brooke
Pos Brooke

sessi briefing dan baca doa sket..

nilah sebahagian peserta yang bersama-sama
Briefing oleh Ence Guide aka Afif, sebelah tu our gogo Nik, Adik2 Imad, Lai dan Shark.. *nama pun dah shark harusla padu* haha.. my sweeper dan Amai.. salute at his age 50++ still boleh layan lagi

After that, semua pun mulakan perjalanan dari situ menuju ke rumah Abg Rajis.. *betui ke??*.. ini untuk tulis nama, group mana masuk and so on.. maklumlah lalu kawasan orang kenala gitu dok.. like Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Memberi Kita Merasa *ewah*…

melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
img-20161213-wa0022
Ence Guide tgh tulis nama dan beramas mesra sama Abg Rajis

Selesai dari rumah orang asli ni teruskan perjalanan menuju ke cross sungai yang pertama..

nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut :-)
nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut

jalan lagi.. lintas sungai dan terus jalan.. trek taklah mencanak tetapi landai yang mental giteww.. canak sikit2 tu biasalah..

lepas tu teruskan perjalanan lagi sampai ke Air Terjun tersembunyi..

img-20161213-wa0035

img-20161213-wa0039

 

img-20161213-wa0029
tak pasti saya crossing yang ini atau yang lagi satu yang sampai jadi bahan “Kem Celup”.. yang mana faham tu faham lah ya hahaha
img-20161213-wa0027
jika tiada Lai agaknya tiadalah hiburan bagi kami :-)

img-20161213-wa0036

teruskan lagi perjalanan… sampai simpang Y kami regroup sekejap untuk melalui laluan buluh.. part ni memang azab sebabnya kena menunduk bersama beban beg masing-masing..

img-20161212-wa0066
selepas simpang Y menuju ke kem Lengkuas

cossing entah yang keberapa kali.. dan melalui buluh-buluh..

img-20161213-wa0005

another crossing

nampak tak tu jenuh nak tunduk segala
nampak tak tu jenuh nak tunduk segala

layan jelah laluan buloh ni… sini lutut dah start gigil sebab lapar

muka penat
muka penat (amik gamba senyumla)

dari laluan buluh ni menuju Kem Lengkuas untuk makan tengahari…

on the way tu ada camp rasanya.. tapi unknown giteww.. just berhenti take 5

take 5
take 5

dalam 2.30 ke 3pm kot baru sampai ke Kem Lengkuas ni… (ahkak ta quad seriusly) sini saya top up lagi makan ubat-ubatan, minum air garam siap, vivix, osteo semua…

sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala
sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala

sebab hari pun dah petang plus semua ala2 tak sanggup pikul beg  kan so mesyuarat tingkap segala  sebulat suara membawa berkat dan dari kata-kata manis Ence Guide juga its either bermalam di Kem Hari ataupun Kem Berlumut which is another pacak all the way there.. Kami semua pun decided untuk bermalam di Kem Hari..

Kem Kicap
Kem Kicap

There is another few camp rasanya.. Kem Asadi..

Teruskan perjalanan dari Kem Lengkuas- Kicap – Hari

another crossing

img-20161212-wa0077

dah nak dekat sampai ni kesian juga pada my sweeper.. *maklumlah beg lagi berat dari saya*.. minta take 10mnts utk dia lepaskan lelah.. so rehat lama sikit sama Imad

teruskan perjalanan dan nak dekat2 sampai ke Kem Hari tu hujan pula turun *dalam hati dah siap berdoa supaya saya tak demam*..

Sampai je ke kem Hari dalam pukul 6pm terus semua terus set up kemah bagai, fly sheet semua, ground sheet dan terus bersihkan diri coz its going to be dark very soon..

Rupanya di kem Hari ini kedatangan kami disambut dengan agas.. saya pun tak pasti bagaimana agas ni bertindak balas.. samada dengan bau busuk kami ataupun sememangnya tempat disini banyak agas… dah semalaman tak boleh tidor lagi bertepuk tampar sama agas ni..

didalam kepekatan malam dok memotong sayur, masak dibawah flysheet yang basah.. *nanges* beserta agas menemani…

img-20161213-wa0040

Alhamdulillah nikmat Allah mana lagi yang mahu kudustakan pabila perut yang lapar disajikan dengan makanan sebegini

yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa
yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa

lepas makan, solat segala.. lepas sesi suka sama suka pukul berapa nak naik ke puncak semua pun tidor..
Sememangnya dugaan itu berpanjangan.. :-(… tidor bersama agas sangatlah mencabar…

InsyaAllah saya sambung pMalam terus bersambung bersama dengkuran orang sebelah saya yang lena sahaja beserta tepuk tampar juga…

perjlanan menuju ke Puncak Tok Nenek esok atau entah bilanya hahahaha *doakan saya rajin ya awak*..

 

mamabeauty

 

Gunung Tok Nenek Single (10-11 Dis 2016) – Part 1

Puncak Tok Nenek
Puncak Tok Nenek

After 20 years dah tak pikul beban untuk naik ke gunung this is was like first time again.. jika dahulu gunung pertama yang saya daki adalah ke Stong.. itupun injured (hahaha sila gelak sebab kaki masuk lubang) trip ini after 20 years gantung beg adalah ke Gunung Tok Nenek.. not a sweet place (sweet maybe bersama my own sweeper) but tough one… well as untuk saya yang memang ada history slipped disc dan kaki kiri yang sememangnya injured sekian lama maka trip ini agak seret kaki jugaklah.. (sila percaya)..

Trip ini adalah kelolaan dari Linea Adventure, so consider saya by invitation only.. (syukurlah ada orang ajak) hahahah (matikla kalo sweeper baca)thanks to my dear sweeper yang ajak *sambil urut2 belakang* , gogo yang pandai masak.. *berani nak cakap gogo tak sedap masak???* nanti dia reject saya hehehehehe.. mr guide yang masuk air keh keh keh.. dan line up linea yang awesome.. saya jer yang siput sedut.. diorng semuanya power root..

here is the tentative dari Mr Guide aka Afif

Jumaat 9/12/2016

2200 Berkumpul di opis Linea Architect dan pembahagian ration (ini diorang jer sempat kumpul, saya hantar anak lagi so tak sempat ke opis pun.. terus shoot jumpat di rnr tapah)

2330 Bertolak ke Masjid Kg Raja Cameron Highland (minum di rnr tapah )

SABTU 10/12/2016

0400 Tiba di Masjid Kg Raja dan solat subuh (ngantuk tahap tenuk sebab takleh tido.. layan karok berdua lam keta)

6.30 tapau breakfast dan lunch. Parking kereta di sekolah Kg Raja (after solat n sempat reading supaya tak tertido, breakfast nasi lemak yang maha pedas.. berharap tak cerry berry dalam perjalanan nanti) tapau nasi goreng, nasi putih, ikan dan ayam goreng seketul plus kuah kari daging)

0800 Naik powil ke Kg Regil (Bukan selalu naik powil macam bangla tu beramai-ramai, dengan sejuknya)

0900 Tiba di Kg Regil *berasap gakla bontot naik powil bersesak2 gitu* (masa ni Ence Guide briefla sesikit nanti regroup dimana, after that baca doa makan ehhh.. doa semoga kami semua selamat pergi dan baliknya hahaha , masa ni ada gak group open yang lain dalam 30 orang naik YYBTN)

0930 Start trekking (rasa nak tercabot pinggang saya… serius sebab hangkut beban 14kg.. dengan lalu sungai lagi.. kaki pun dan start nak cramp time ni hahaha)

1100 Tiba di Simpang Y (Regroup) serius dalam hati bila ni nak makan hahaha sebab kelaparan.. so saya minum esp utk alas perut.

1230 Tiba di Kem Lengkuas (regroup) sampai sini pukul 3 petang bayangkanlah.. mau tak gigil lutut mak jemah , makan yang bekal di bungkus tadi.. masyaAllah nasi goreng tu dah hampir basi.. so berdua sejoli la saya makan bersama nasi putih sahaja with ikan goreng n ayam goreng..

1700 Tiba di Kem Berlumut (bermalam) tak bermalam disini pun sebabnya semuanya dah tak lalu nak hangkut beg masing2 gamaknya hahaha.. so after mesyuarat tingkap semua sepakat bermalam di Kem Hari

AHAD 11/12/2016

0400 Start trekking ke puncak Tok Nenek (ada 2 peserta yang tak naik puncak aka Azmi yang injured di lutut dan Mr Gogo yang katanya mauk memasak utk kitaorg nanti pabila turun.. or maybe he feel sick??? )

0730 Tiba di puncak Tok Nenek dan breakfast (Subhanallah.. tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan superb view at the top as always)

0900 Start turun ke Kem Berlumut (turun awal dari time ni sebab sampai pun awal)

1100 Tiba di Kem Berlumut dan bersiap (turun2 kelaparan gila.. so bedal lah cokodok yang digoreng pukul 1 pagi) lunch sesiap also baru turun

1330 Start turun ke Kg Regil (macam nak tercabot jari kaki ni sebabnya jari kaki start melecet)

1830 Tiba di Kg Regil (semua tahap sampai nak campak beg dah time ni.. kenapalah jauh sangat umah orang asli tak jumpa2 lagi hahahahaha)

1930 Naik powil ke sekolah Kg Raja (sekali lagi melayan angin malam pulak kali ni.. bukan tahap bontot berasap.. siap kaki pun cramp gaks)

2030 Tiba di Sekolah Kg Raja dan bersiap (mandi di dalam kawasan sekolah)..

2200 Bertolak balik ke KL (awal lagila diorang shoot balik.. saya dan Mr Sweeper take my own sweet time berehat 1 night di Kg Raja).. terima kasih pada Abg Poji yang tolong carikan rumah tumpangan.. sesapa yang nak kesini leh contact Abg Poji ya..

antara menu yang gogo sediakan

Siakap 3 rasa (lagi mau cakap gogo tak pandai masak???) kau mampoo naik gunung dapat makan siakap 3 rasa hahahaha

ayam masak kicap (yang ni tak malu saya tambah ayam sebab kebulur) hahahah..

terima kasih ya gogo yang pandai masak.. we als cuma tolong potong2 dan tolong tengok jer kikikiki…

tak trill lah cerita semua kan.. esok2 saya sambung ya coz saiya ta quad nak recall semua cerita.. ada cerita mistik, cerita kelakar plus pewai berjemaah..

mamabeauty

 

 

Beralih Arah atau Berubah Hati Sudah??

Headline mesti gempak.. ala-ala tajuk kemain kontroversi kan???
Well yang mana suka tajuk kontroversis seharusnya baca sehingga akhir ya hehehe..

Okay entry ini terlahir selepas status saya semalam yang ingin belajar memasak aneka talam dan membuat sandwich..

Tak sangka pula ada yang pm tanya..

“Eh.. dah beralih arah tak jual shaklee dah ke”

“Masuk bidang f n b ke pulak??”..

hiks.. jika anda-anda dan anda semua prihatin sangat sure ada ternampak #unnie’s kitchen dan saya tulis “untuk legasi anak-anak” nanti.. unnies bermaksud “Kakak didalam bahasa korea”.. so unnies ini sejujurnya terlahir pabila anak dara saya yang meminta izin utk bekerja selepas SPM nanti..

Well hati ibu mana yang tidak gundah gulana bukan melepaskan anak daranya merasa mencari uwang dan jerih perih pekerjaan.. jadi saya cadangkan pada beliau..

“Apa kata kakak jadi bos utk business kakak sendiri??”.. mama cadangkan jual dari rumah melalui instagram, fb ataupun mulut ke mulut di area subang bestari saja dahulu.. mama monitor tapi semua urusan kakak yang jaga.. every month mama kira untung selepas tolak bahan adala gaji sikit hehehe ..  “What do you think??”..

buat masa sekarang mama pegi dulu kelasnya nanti balik mama ajar kakak mcm mana nak buat n kita sama-sama buat promosi..  hiks.. Alhamdulillah beliau setuju.. so bermulalah perjalanan mommy ni utk perniagaan anak dara saya…

20043249

so apa yang beralih arahnya??? tiada pun ..

Jujurnya Shaklee sangat dekat dihati.. mana mungkin saya lupakan asbab saya konsisten bersama shaklee saya lupakan begitu sahaja..

Boleh baca ya perjalanan slip disc saya di sini

Cerita 1

Cerita 2

Cerita 3

Cerita 4

Cerita 5

Cerita 6

insyaAllah, saya adalah pengguna setia sebab Alhamdulillah dari saya terkena slipped disc, enzema dan kesihatan keluarga Allah berikan asbab utk sihat.. Kita usaha mana yang perlu yang menyembuhkan Allah jua..

Jadi janganlah malu dan segan.. saya masih lagi aktif promo tentang shaklee senantiasa sampaikan ada yang mengenali saya..

“Ingat Shaklee ingat akak”.. terharu rasa..

Untuk perniagaan anak saya nanti insyaAllah from time to time saya akan promo ya.. support anak saya mana tahu jadi calon menantu.. kikiki termelalut as usual..

Till than kesayangan saya semua.. ingat support kawan-kawan yang gigih berniaga..

Mamabeauty

Contengan Jalanan

aku lihat diriku
aku lihat diriku

Sudah agak lama tidak mencoret apa2 diruangan ini.. barangkali membeku semuanya termasuk diri ini. Semua tersimpan kemas didalam hati sendiri..

Well there’s time yang kita rasa nak freezekan saja waktu bukan dan tidak berganjak walaupun seinci, tetapi we still have to move on walau apa pun yang terjadi.

Ada yang hairan dan tertanya-tanya kenapa saya masih lagi gila untuk terus mendaki gunung walhal duduk dirumah or pegi shopping lebih baik haha

Mungkin mereka2 tidak tahu masa silam saya yang sedikit gila.. (eh sebenarnya lebih gila agaknya).. saya boleh mendaki hanya sekadar roger2 kawan sekepala dan terus pack dan jalan terus tanpa memikirkan apa2.. naik bas paling last ke destinasi dan berjalan hampir maghrib ke campsite. Apa ada hal.. segila itu saya dulu.. tiada arti utk please orang lain atau apa, lagi-lagila nak mencari jodoh kans haha..tiada istilah nak impress sesiapa.. seriusly saya suka kawan2 yang sekepala tanpa mereka ada diskriminasi jantina.

Memang saya rindu mereka, rindu dengan lawak bodohnya, rindu dengan usikan-usikan yang tiada tapisannya.. (nak tidur balik rumahla).. hahahaha pernah muntah di trek semasa naik ke GBB tapi ada yang berlagak macho katanya.. eh macam2lah.. tak terungkap kata2

Ini semua saya simpan baik-baik.. sebab kenangan memang tidak boleh dijual beli walau seberapa kali atau kerap kita naik atau turun, kita akan jumpa pelbagai ragam, orang plus tujuan yang berlainan.

Mungkin saya sekarang hanyalah sekadar utk naik dan perbaiki rekod sendiri.. sebab hanya saya yang tahu jika pertama kali naik pewai, merangkak mahupun seret kaki, kali ke dua atau ketiga saya ingin pula naik dengan prestasi saya yang terbaik insyaAllah. Kita jangan terlalu mendabik dada, aku dah naik 6-7 or even 8 kali kerana Allah yang lebih mengetahui.. diam2 sudah, orang menilai pelbagai cara.. aku hanya diam, lihat dan sesekali senyum saja..

Menikmati keindahan alam bersama hujan yang turun amatlah saya nantikan walaupun risiko saya jatuh bak nangka busuk berkali-kali. Apa arti kehidupan tanpa kejatuhan yer dok??? Kita bisa bangkit dan terus menuju ke garisan penamat.. tanpa usaha dan keazaman mana mungkin saya bisa teruskan perjalanan.

satu perkara yang saya tahu, tiada siapa yang hebat selain diri sendiri kerana kita hanyalah mencabar diri kita sendiri..

“It is not the mountain we conquer but ourselves – Edmund Hillary ”

 

Mungkin di “Contengan Jalanan yang akan datang”

Alia

 

Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM??

Memang ramai ya sememangnya ramai yang pandang sinis pabila mengetahui yang Shaklee adalah salah satu daripada perniagaan yang menjalankan cara perniagaan MLM iaitu Multi Level Marketing.

Memang saya tidak pernah salahkan sesiapa kerana mungkin apa yang berada didalam kepala masing-masing adalah

“MLM – agent cari orang utk menipu..”

Tertipu dengan tipu daya wang ringgit melimpah ruah ataupun dipancing dengan kereta besar/ mewah??

Memang tidak dinafikan jika “Pelaburan Internet & Skim Cepat Kaya” adalah yang tertinggi di Malaysia

Jom kita lihat apa bezanya diantara MLM yang menipu dan yang patuh syariah??

Kena cari orang bawahan/downline

(Sistem Piramid adalah berteraskan perniagaan yang mendapat hasil keuntungan daripada yuran para peserta yang masuk, jadi secara mudahnya hanyalah cari downline dan bayar yuran kemasukan dari situlah kita mendapat hasil)

(Downline memang diperlukan didalam MLM tetapi didalam Shaklee saya tidak akan mendapat imbuhan apa-apa jika ada seribu downline yang tidak membuat jualan) PAHAM SAYA???

Modal mesti kena ribu-ribu

(Yuran kemasukan yang tidak masuk akal ataupun menjual barangan yang tidak masuk akal hingga mencecah ribuan ringgit, CONTOH harga tilam RM11,000??)

(Korang tau tak yang modal untuk memulakan business Shaklee hanyalah RM80??)

Yang masuk dahulu akan goyang kaki??

Ini adalah gaya sistem MLM yang tidak betul kerana pelan yang hanyalah berteraskan cari orang ini akan membuatkan sesiapa yang masuk kemudian akan rugi. walhal

Didalam Shaklee, sesiapa sahaja berpeluang untuk menjadi hebat, berjaya dan kaya jika kita sendiri

  1. Memperkasakan diri dengan ILMU PENGETAHUAN tentang produk
  2. Dalami ILMU PEMASARAN disemua media yang ada (media sosial (IG, FB, Tweeter, Blog dsb)
  3. Menjadi LEADER yang mampu MEMIMPIN orang lain berjaya bersama-sama kerana MLM adalah tentang Networking dan bukan bekerja BERSEORANGAN.

Bisness MLM yang sebenar ialah jualan produk yang BERKUALITI dan juga PELAN PERNIAGAAN yang tidak menindas mana-mana peniaga, even jika saya dirank atas dan kamu dirank bawah, harga yang saya dan kamu beli tetap SAMA.

Boleh rujuk  dari tulisan Zaharuddin.net tentang Untuk lebih kita faham dengan lebih lanjut lagi tentang Multilevel Marketing dari segi patuh syariah boleh rujuk DISINI.

Kenapa saya masih bersama Shaklee yang menjalankan perniagaan MLM???

Didalam perniagaan Shaklee , sebahagian besar keuntungan syarikat adalah dilaburkan semula kira-kira RM250 juta setahun untuk kerja-kerja “Reseach & Development (R&D) iaitu kajian dan pengujian produk, keselamatan yang mesra pengguna dan persekitaran.

Inilah yang kita mahu pabila PRODUK yang berkualiti yang mendalami ujian yang bertahun-tahun even Shaklee merupakan syarikat yang PERTAMA DI DUNIA yang mendapat Sijil Pengiktirafan “Climate Neutral & Offsets Its Co2 Emissions”.

Jadi tiada keraguan ataupun berbelah bahagi disitu yang produk dibuat dibelakang rumah ataupun yang tidak melalui ujian sepenuhnya.

Harga produk-produk Shaklee yang jauh lebih murah jika hendak dibadingkan dengan jenama-jenama yang setara kualitinya. Contoh sebiji VItamin C hanyalah RM0.50 sebiji iaitu vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan didalam badan kita sehingga 5 jam. Multivitamin yang berusian 100tahun  hanyalah RM0.60.. sungguh murah bukan.

Yang paling saya suka MLM didalam Shaklee adalah sangat adil iaitu Sesiapa yang berusaha dialah yang akan BERJAYA.. Jadi tiada unsur kamu yang mendaftar dahulu akan merasa bahagiannya. JIka saya usaha lebih ianya akan dibayar setimpal..

Jadi masih ragu-ragu dengan bisness MLM Shaklee???

Hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA YA, kerana saya senantiasa ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin memperkasakan diri dan income rumahtangga masing-masing dengan PELAN PEMASARAN yang adil.

love

alia elena @ mamabeauty

019-2511448 (wassap/telegram)

 

 

Girlfriend’s – Part 1

Lumrah rasanya pabila si adik bongsu ingin mendirikan rumah tangga, sure Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh, Kak Ton *Ehhh* Kak Uda dan Kak Chik mesti mau “payung” apa-apa jua persiapakan utk perkahwinan hew hew.. *ini tidak termasuk duit kenduri kawen yach*

Memang secara spontan kiranya percutian bersama or ala-ala “Bhacerlorett or gather2 makhayams sgts“.. giteww.. yelah si adik bongsu soon kenala minta ijin utk bergather2 minum-minum ataupun lepak2.. *itupun kalo bleyla*.. hahaha

Lagipun, banyak kali juga kami merancang sebelum2 ini utk bersama-sama ke a few destinasi, still ada jer yang tidak dapat bersama..

Persiapan tidaklah semudah yang disangka ya.. terutama bab tiket *sila nanges*.. sebabnya percutian berhen party ini dibuat hanyalah selepas hari raya plus semua ala-ala sengkek bulih??? hahaha dasar sangats kan nak jugek berhen2 giteww..

Thanks to orang kawasan BSD yang network baik utk dapatkan tiket yang maha murah ya ke Jakarta iteww.. plus our orang kuat dari M**** *dokle sebuh ley*.. yang telah booking bilik yang maha hebat disana.

Tetapi kami semua kakak-kakak kawasan ini terasa seperti *dianaktiri* oleh orang yang bakal dirai pabila beliau tidak dapat bersama.. APAKAH?????

Sangat sesuatu bukan pabila kita dah arrange tetapi orang yang dirai tidak dapat hadir..*ada ala-ala nak kena kuntau dok???*..

So end up hanya kami berlima yang berlepas utk bersama-sama ke Jakarta..

As usual sebab dapat tiket ala-ala *seludup bangla* makanya yang available harus tiket seawal 7.40am yach.. merasalah semua kena bangun awal dan berada di KLIA2 jam 4.30am.. *sila nanges berjemaah katanya*..

Time ni we als ala-ala redholah sebab Rose tak dapat nak join us kans.. walhal ahkak-ahkak gojes nak “payung katanya“.. hahaha sgtla..

jakarta
Tengokla semua mata ala2 panda.. flight 7.40 am merasa
Jakarta
Tempat pertama harus dituju adala tempat makan haha

IMG-20150826-WA0041[1]

Jakarta
Bakso katanya..

End up semua makan bakso.. plus pepagi ada jua yang udah beralpukat jus.. Sini apa aja yang boleh ditelah selain bakso is ayam penyet n nasi padang.. boleh tahanla bakso di airport ni.. *nora bagi 4 bintang*

Sebab masih awal pagi, dengan most of us bawak beg roda haha *af sangats*.. so kitaorang decided utk ke hotel letak beg dan teruskan acara “SHOPPING”..

jakarta
motiff sgts kan naik taksi Alphard giteww
Jakarta
wajah riang ria ahaks

IMG-20150826-WA0043[1]KIta check in katanya dulu .. di Batavia Apartment..

Jakarta
nampak tak situ.. bersusun beg AF

Lepas aja tinggal beg bermulalah acara shopping di Thamrin CIty Mall..Bayangkan kami semua “shopping” sehingga ada yang ala2 kehabisan Ruppiah dihari pertama sudah.. phewww.. hebat bangat deh..

Motifnya yang nak datang shopping hanyalah sorang.. tetapi yang turut serta tu yang tak menahan.. hua hua hua..

In between kita lunchie2 also di Thamrin ini..

jakarta
ayam penyet sambel Merah
jakarta
ayam penyet sambel ijou
Jakarta
Dancing fish aka ikan gurame
Jakarta
Alpukat aka avocado

Setelah ala-ala insoffff memasing, barulah berangkat pulang ke hotel yach.. haha *mode heret kaki*.. Balik bilik, berebut bilik hahaha and the best part was.. apartment ini hanya menyediakan hidangan breakfast utk 3 orang sahaja mengikut bilangan bilik instead orang yang ada.. hew hew.. so end up mlm tu kitaorng cabut undi siapakah yang bakal tersingkir hahahaha..

Malamnya sesambil tengok Datuk LCW diseparuh akhir Badminton.. tapi tak tengok pun benornya.. we end up ala-ala makan nasi padang sederhana sampai tak perasan pun Datuk LCW main hahaha Motifff sgts memasing kans..

here is Nasi Padang Sederhana.. *ini Nora suka banget.. 5 bintang*

Jakarta
Nasi Padang Sederhana
Jakarta
motifff tangan ahkak disiteww kans
Jakarta
selesai suda hehehe

Eh dah panjang lebar hari pertama kans.. Esokla sambung ya sebab ada “kezutans” utk kami semua.. nantikan..

sayang semua

alia elena @ mamabeauty

Kediaman Baru

Alhamdulillah..

Itu sahaja yang dapat saya nyatakan disini betapa bersyukurnya saya dengan perjalanan dari seorang blogger yang hanyalah sekadar menulis utk dibaca dikemudian hari sehinggalah hari ini berjaya mempunyai domain sendiri. *lompat bintang*

Bermulanya dengan gigih kerumah sang puteri dan selepas itu gigih pula mengganggu gugat keharmonian dan keamanan hidup sang kesuma dewi.. *ahaks* maka terzahirlah impian saya untuk mempunyai domain sendiri ini.

Terima pada keduanya kerana tidak jemu-jemu yach utk memaksa saya berusaha sehingga birjaya.. *nah trofi*..

Memang tidak senang duduk aka *sengkak cam tak bley verak* jadinya bila agak tricky dan slow moving perjalanan kesini.

Jika dilihat kembali dari zaman 2003 dari Batrisya88 sehingga Makhayams dan Mamabeauty.. kini saya zahirkan aliaelena.com utk anda semua.

Nantikan tulisan saya seterusnya ya..

sayang selalu

alia elena @ mamabeauty

 

My Sweet Little Pumpkin

Orang selalu kata didalam setandan pisang takkan semua sama ya dak??
sama macam anak-anak kita gaks.. dalam ramai-ramai tu adalah yang bisa mencairkan hati kita terutama me as “Mommy” yang sangatlah mudah cair seh.. *hati tisu sngt neh*

Walaupun kuatlah sangat menjawabnya.. means adalah saja yang nak dijawabnya bila ditanya, bila disuruh waima bila dimarahi.. 

Bezanya dia dengan abang irfan dan kakak batrisya ialah she’s such a loving person..

Always hugs me..
Always alert bila mama dia ni tak ceria
even semalam bila i’m not feeling well n she’s notice about it dengan cepat..
“Mama kenapa muka sedih jer, monyok jer tak ceria??”
hahahah see dia memang sangat prihatin dengan mama dia ni..

Sometimes kan, without telling her dia akan buatkan air, ambilkan makanan utk kita..
Memang sangat berbeza with abang n kakaknya yang bila disuruh barulah buat..

Now she’s 9 years old big girl already to mommy..
Semoga menjadi anak yang solehah n menjadi guru yang disayangi ya sayang..

Buatlah majlis sambutan birthday di sekolah agama..

Mamabeauty