Jika Saya

Semenjak kejadian MH370 saya juga terasa traumanya menaiki kapal terbang.. tidak boleh lari perasaan itu tetap ada..selalu terfikir jikalau sayalah yg menjadi salah seorang penumpangnya??? 

Sebalikya baik kita jangan fikir yang tidak baik kan .. fikir yang baik2 sudah *aminn*
Dan bila kejadian MH17 berlaku saya menjadi lebih sebak lagi… 
Sememangnya mati itu pasti dan Allah tidak akan menundakan ianya walau sesaat pun..
Teringat perjalanan saya ke Brazil tahun lepas bilamana saya menaiki Air France.. trajedi Air France (AF447) dan saya menaiki penerbangan yang sama AF447 ketika itu.. yang terhempas amat menghantui saya sebenarnya.. tetapi sebagai umat Islam kita seharusnya bertawakal dan berserah kepada Allah.. Jika “kun fa ya kun” sudah tersurat.. redha sudah pasti ajal maut kita..
Penemuan hampir 2 tahun kotak hitam.. amatlah trajedi..
Jika kawan2 sekalian yang selalu menaiki penerbangan antarabangsa mahupun domestik, langkah awal ialah seharusnya memiliki insurans perjalanan ya..
Kita tidak tahu dimana jua MATI itu adalah pasti..


Semoga semua penumpang dan anak kapal yg pulang utk bersemadi harini dipermudahkan segala urusan mereka.. – Alfatihah-

MamaBeauty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *