Orang Pemalu Sesuai Berniaga Online/Offline???

Kenapa orang macam saya ni sesuai berniaga online???

Ramai ya yang ada masalah kurang keyakinan diri untuk buka mulut utk memulakan bicara, apatah lagi utk menarik orang ramai membeli barangan .. Betul???

Hahaha, jangan risau kerana saya juga macam tu sebenarnya…


Pada mulanya macam “Eh.. segannya nak share kat orang ramai kan”…

“Ada ke orang nak beli ni nanti???”

Aaa.. itulah belum apa-apa kita or diri kita sendiri yang kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri..

Alah bisa tegal biasa giteww… sama macam saya.. memula consume supplemen shaklee hanya makan utk diri sendiri dan keluarga… Walaupun orang sekeliling ada masalah or mungkin sharing apa-apa saya senyap sahaja.. “Tak berani nak bukak mulut bak ada emas“..

Sehinggalah ada yang bertanya… “Eh you nampak kuruslah“… jeng jeng jeng…

aa dari situlah saya share apa yang saya makan dan dari situ jugalah saya mendapat pelanggan pertama.. tak sangka sangat.. dan dari situ jugalah saya membina keyakinan diri..

Sebenarnya the product speak louder than i’ve thought…

Ramai lagi sebenarnya yang tidak mengetahui tentang shaklee.. dari situ jugalah saya mula berniaga online thru FB/Insta dan blogging..

Sebenarnya online dan offline lebih kurang sama sahaja cuma nampak dan tak nampak sahaja muka peniaga.. memang saya pilih online sebab pemalu.. tetapi jika ada yang sudi berjumpa utk sebarang peluang bussiness offline.. ya bisa aja dong… 

Kerana MLM business is about spreading out network.. tidak kira dimana jua business ini sebenarnya dan ianya sangat sesuai dari jarak jauh sebab ada kemudahan utk berhubung dari talian. Ada yang datang sejauh dari Ruwais ya utk semata-mata berniaga Shaklee..

Hanya kita yang menentukan sebenarnya jatuh bangun bussiness ini.. Kita lebihkan sharing insyaAllah kebaikan yang kita beri akan dibalas dengan kebaikan jua.
 Yang penting sekali produk yang sangat bagus selama 50 tahun dipasaran, secara klinikal telah diuji dan berstatus HALAL..
Itu sebabnya saya tidak ragu lagi… :-) kerana plan yang bagus utk persaraan saya InsyaAllah..

JIka berminat utk memulakan perniagaan ini boleh wassap saya ya.. 019-2511448
 

Mamabeauty
 

Bulu Yang Tidak Diperlukan

Tadi di group saya kitaorng dok sembang pagi about bulu yang tidak diperlukan.. hahah saya rasa semua kita menghadapi masalah yang sama..

Ada juga ya yg no bulus at all katanya.. licin selicinnya… setiap genap tubuh badan..

takot nak kuar umah gini haha

siksa kot nak buat gini ari2

eyewww dah cam lelaki

ini adalah nightmare occay bagi sesetengah orang.. yelah nak kuar muka berkumis gteww.. hahahha ada juga segelintir yang begini.. Alhamdulillah saya tiada masalah ini cuma saya cabut sahaja cara konvensional

Cabut bulus tiak adalah heaven… tapi kalo dah serabut MasyaAllah mau penat jugak kots..

Ada juga yang tidak heran pun jika bulu idung terkeluar mcm ni ya..

eyewwww kita nak mengadap pun ilang selera ye dok
Jadi ahdik2 semua yuk bersihkan diri dari sebarang bulus2 yach..

Jom tengok apa cara tradiosional utk mudah hilangkannya..

1. Jeruk Nipis

Campur perasan jeruk nipis dengan gula pasir, lalu sapukan campuran tadi dibagian kumis tersebut lalu tunggu sampai kering sekitar kurang lebih 30 minit. Lakukan secara berkala pada pagi atau malam hari.

2. Madu

Panaskan madu (hangatkan), lalu sapukan madu hangat tersebut dibahagian kumis yang tumbuh dan tunggu sampai kering, lalu bersihkan dengan kain flanel sehingga kumis tipis tersebut akan mudah tercabut.

so bulih cuba yach pada merasa kesakitan buat Brazzilian Waxing.. hehe..


Mamabeauty


Sesiapa Disekeliling kita mencerminkan diri kita atau sebaliknya????

Selamat menyambut Tahun Baru 1436 semua..

Sudahkan kita hijrahkan diri kita????

Saya masih lagi terus dan akan terus berhijrah kearah yang lebih baik insyaAllah..

Tiada sesiapa pun diantara kita kan yang tidak inginkan kebahagian dunia dan akhirat, kejayaan juga dunia dan akhirat tetapi berapa kuatkah kita berhijrah ke arah itu.

tanya diri sendirilah ya.. takkan tanya saya pula hehehe…*ok ini tak kelakar*

Kita just hanya boleh saling ingat mengingati sesama kita, that’s why cuba kita renung dan lihat sekeliling kita dengan siapa kita berkawan???

Adakah kawan yang membawa keruntuhan ataupun kejalan Tuhan..

Mamabeauty

Syukur Dengan NikmatNYA

Sometimes bila tengok hidup kita sendiri rasa nak meraungla macam-macam *mengada* but bila kita renung-renung kembali dengan hidup orang lain.. MasyaAllah.. bersyukurnyalah…

Allah masih beri aku peluang untuk bertaubat
Allah masih beri aku bernafas untuk melihat keluarga tersayang
Allah masih beri rezeki yang melimpah ruah.. Alhamdulillah
Allah masih beri masa utk aku berbakti pada kedua ibu dan bapa yang masih hidup..

Ya Allah betapa rasa kerdilnya diri ini ketika ini…

Sometimes kita terleka bukan.. terleka dengan duniawi.. nak selak Al-Quran pun tak sempat..*sayalah ni*.. masih cuba perbaiki diri InsyaAllah… 

Semoga kawan-kawan semua juga diberi kesihatan dan kesyukuran yang berpanjangan..

Mamabeauty

Kasut Juga Mahkota Wanita

Saya seorang yang cerewet bab2 membeli kasut… Dalam cerewet2 tu pun ada gaks terbeli satu or dua kasut yang just beli n pakai dan simpan hehehe…. sebabnya its either kaki sakit sampai melecet ataupun bila pakai asyikla nak tertonggeng…



Tapi kini tidak lagi.. aa bunyi mcm best bukan sebabnya saya sudah berjumpa pembuat kasut khas utk kaki saya.. *okays berangan disini* saya ada my own pembuat kasut gitulah..

Tetapi jika difikir-fikirkan balik memang berbaloi kerana kasut yang ditempah adalah hanya muat utk kaki kita sahaja.. dan yang lagi best you can even ask for any material or any design of shoes…*ini yang ahkak paling suka*.. so lets kita berangan dulu apakah kasut2 yang bakal kita tempah ya..

Memandangkan saya hanya ada sepasang sahaja kasut boot *ini pun secara tidak sengaja saya beli* wahhh mcm cinta pandang pertama bila terpandang kasut ini. warna hijau tua,, Jadi untuk menambah koleksi design boot warna merah yang saya cari

red boot yang begitu mengancam..

Aduhh design begini juga sangatlan meruntun jiwa katanya…
Jika dulu penggunaan boot hanyalah setakat memakai jeans kini tidak lagi… saya selalu memakai dengan jubah dan skirt …

Okay mari saya kenalkan dengan pembuat kasut saya iaitu : Facebook : youmendshoes
ataupun IG : youmeandshoes

Jika ingin menempah kasut boleh email di : YMS Enterprise

ini antara kasut2 yang direka khas ya utk customer2 beliau.




Selamat mencuci mata ya you ols dan tempah..

Mamabeauty

Double Your Income???

Ini serius note pabila berbicara tentang “Double Our Income..”

Secara mudahnya dengan memulakan business shaklee jika kita betul2 mengikut plan dan cara yang diberi dan menjual supplemen ini kepada mereka2 yang begitu ingin

Cantik
Kurus
Sihat menyeluruh

Begitu mudah ya..
Contoh hanya dengan menjual 3 kotak Shaklee Collagen Powder kepada yang inginkan Kecantikan pasti sahaja pelanggan tersebut mendapat PERCUMA keahlian terus. 

Kenapa 3 kotak terus??? Kerana kajian menunjukkan pengambilan selama 8 minggu akan menunjukkan kesan yang amat ketara perubahannya.

pengunaan secara konsisten selama 2 minggu
Jika untuk yang ingin Kurus juga adalah disarankan untuk mengambil set lengkap jika benar2 ingin kurus bersama plan Shaklee.. Pelaburan yang pasti berbaloi ya.. juga dengan PERCUMA membership dengan set ini..

Dan akhir sekali jika inginkan kesihatan yang menyeluruh hanyalah membuat pembelian 2 botol viix dan PERCUMA keahlian juga..

Disini, secara tidak langsung kita telah mendapat pendapatan secara kasarnya 3 free membership dengan pembelian 200uv setiap orang terkumpul kali 3 orang ialah 600uv

·        11%=>600uv (belian dlm rm1800) ~~ bonus dlm RM204
ini adalah pendapatan kasar jika kita mendapat 3 orang yang membuat pembelian 200uv bersama FREE MEMBERSHIP..

mudah bukan???? 

Tetapi jika kita mampu menjual sebanyak 3000uv wahh pastinya 4 angka didalam genggaman..

Beginilah mudahnya saya membuat bissness shaklee.. Hanya sharing keperluan dan kepentingan untuk menjalani hidup lebih sihat disamping menjana pendapatan.

Yang pastinya keperluan pembelian BERULANG adalah sangat penting.. Cuba duduk sejenak dan fikir ya.. 2 perkara yang orang ramai akan BERULANG kali beli ialah barangan kesihatan dan makanan… 

Jadinya Business Shaklee adalah antara keperluan kesihatan yang berpanjangan..

Ingin tahu lebih lanjut dan bagaimana saya menjana pendapatan setiap bulan dengan Shaklee boleh hubungi saya di 019-2511448.. Saya senantiasa ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang benar2 serius dan ingin menambah pendapatan masing-masing.


Mamabeauty

Aktiviti Menyeronokkan musim cuti sekolah

Bila musim cuti semakin hampir esp musim2 cuti yang panjang..

Ofkozlah saya akan bekerja plus my other half pun sama… tapi disebabkan sebelum2 ni kami pun memang akan hanya bercuti bersama hujung tahun utk masa keluarga jadinya a few weeks yang terluang tu saya dah start cari2 aktiviti2 yang menyeronokkkan utk anak2 saya esp si Dobot Balqis.

Selain keluar hujung minggu yang saya rasa amatlah biasa.. gi nonton wayang, gi kedai buku or even saja just go walk and cuci mata with my girls.. or else kitaorng gi salon utk pamper diri.. amboi2 kan diorng kecik2 mommy ajak gi salon katanya..

Selain itu aktiviti camping akan saya teruskan cuti2 kali ini.. *can’t wait*

Selepas kunjungan ke tanah aina seems the kids love camping also.. insyaAllah trip akan datang ke sini


sg chiling

sg chilling


Okes, baru2 ni Balqis ada minta permainan Congkak..permainan tradisional juga sangat bagus ya.. Untuk cuti2 nanti katanya.. boleh main dengan kakak..

yang sedia ada dirumah ialah saidina dan dam ular.. aa yang ni selalu bila boring2 ajaklah main ramai-ramai with abang and kakak..



Jom kita lihat aktiviti2 yang boleh mereka buat utk anak-anak2 berusia 7-10 tahun dirumah while kita bekerja.. Nanti balik kita bagi berapa bintang utk kerja rumah mereka..

saya paling suka aktiviti ini.. mari memasak bersama-sama

What’s your plan mommy sekalian???? Jom share sesama..


Mamabeauty

Sayangi Hati Kita

Back in 2008, masa ni satu rumah kena denggi… Memula tu taklah suspek denggi coz on and off sakitnya..


But bila dah makan seminggu and sakitnya bertambah2 giteww.. demam on and off plus sakit sampai ke tulang and badan lemah… punyalah naiff bab demam denggi at that time..

Yang kena is me and my other half.. my son pulak kena after saya kuar dari hospital.

Yang tragisnya tahun tu is.. both husband and wife masuk hospital lain2 while anak2 my sis tolong jaga.. nasiblah my case not so worse within 2 days dah boleh kuar.. itupun mintak kuar dari doktor once my blood count dah naik. Sebabnya dirumah my son dah start demam kan..

Bayangkan kuar hospital and masuk hospital lain angkut anak2 sekali.. dah berumahtangga di hospital anak beranak.

OK apa yang saya nak cerita tentang virus denggi ni sebenarnya sangat bahaya sebab ianya boleh trigger out penyakit2 yang ada didlm badan kita.

Macam my other half yang sudah sedia as “Hepatitis B Carrier”.. means after 3 jab utk imun badan hepatitis pun mcm tiada apa ya.. sebabkan ianya carrier iaitu sebagai agen pembawa.. Thats why me and anak2 also semua kena cocok hepatitis B ni.


After a week my other half kena masuk ward tu, suddenly mata dia turn out kuning.. seriusly kuning sekuningnya.. and bila Doktor buat diognos thru blood sah yang kuman Hepatitis B tu dah aktif. Selama ni dia hanya pembawa means kuman tu tak aktif but bila kena denggi terus trigger out.

tanda-tanda hati kita tidak sihat


Dan berkampunglah pula my other half sebulan mcm tu didlam hospital. At that time apa ubat yang saya tidak cuba??? Dari Lingzhi (cendawan) ke ubat yang mengandungi milk thistle juga mcm2lah.. LIke people said ” bila sakit kos rawatan sudah tidak menjadi penghalang” kita senantiasa mencuba dan terus mencuba utk terus sihat bukan.
At that time saya sekeluarga belum berkenal mesra dengan Shaklee.. sebab didalam supplemen shaklee adanya produk yang dinamakan DTX Complex yang sangat sesuai utk hati.


Kos utk perubatan hati amatlah mahal ya, semasa di hospital swasta harga sebotol yang hanyalah boleh bertahan utk sebulan is about 300-400 begitulah. Alhamdulillah, bila saya mencuba merawat my other half at that time ke Hospital Selayang dan diberitahu bahwasanya Hospital Selayang adalah specialist didalam bidang hati ini dan yang lebih menggembirakan ialah kos rawatan utk pesakit hati adalah percuma. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. 
Kesan jangka panjang utk makan ubat hospital ialah buah pinggang dan jantung.. ini sesiapa pun tahu bukan. Jadi disamping makan ubat hospital saya berusaha juga utk tidak ada kebergantungan kepada “drugs”.. Alhamdulillah tahun ini doktor diagnos yang hampir tiada kuman2 lagi yang ada didalam hati my other half.
Selepas berhenti makan ubat-ubatan dari hospital, saya cuba konsisten pula supaya hati menjadi lebih sihat dan terjaga dengan memberi DTX complex kepadanya.
Kita hanya berusaha untuk lebih sihat dah selebihnya hanya Allah yang menentukannya.
Mamabeauty
 

Fun Run

Selalu kita yang badan bagak2 berisi ni nak sgtla gi jogging ka or even nak gaya hidup sihat kononya..

Macam saya yang suami plus anak2 yang memang selalu bersenam *kecuali saya dan si Dobot* haha kerana saya telah lama  tak bersenam aka berlari jogging bagai ni.. *its not advisable oleh Doktor* so aktiviti saya hanyalah berjalan…

Or temankan si dobot saya ni berjalan saja.. tiada impak yang teruk2 utk saya…

selalunya ke Bukit Kiaralah… 

entah kenapa minggu lepas terpanggil utk register ke Fun Run ini *sambil geleng kepala tidak percaya* siapa yang berminat masih boleh register ya.

Saya hanya masuk kategori ini.. hehe’
Ada beberapa Kategori yang dipertandingkan, ikutla kemampuan kita.. 
Full marathon
Half marathon
1okm marathon
5km fun run
saya yang ala2 *gaya saja lebih* hehehe harusla register 5km fun run sajork…
 

5kilometer saja pun.. tetapi yang bestnya.. saya akan berlari bersama-sama rakan2 yang turut serta utk memeriahkannya lagi. Well jika kita melakukan aktiviti bersama-sama rakan2 yang sehaluan lebih bermakna..

Jom bersama-sama saya untuk gaya hidup lebih sihat..

Mamabeauty