Kem ASBAB cuti Sekolah

Semalam berkesempatan menghadiri majlis ilmu, iaitu majlis penutup untuk anak2 yang mengikuti ASBAB..

Tahun lepas saya hantar anak yang sulung utk mengikuti kem ASBAB ini.. Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku dari segi kehidupan dan cara pergaulan.. Alhamdulillah..

Jujurnya ingin hantar kedua-dua puteri tetapi Sabrina insist tanak pulak.. penat katanya.. baru saja bertungkus lumus dengan exam nak lalui ASBAB selama sebulan pula.

Jadi hanya si comel Balqis sahaja yang teruja utk menyertai kem ini. Salah satu sebabnya katanya bosan tinggal dirumah.. Jadi kem ASBAB ini sedikit sebanyak mengisi hari-hari beliau semasa cuti.

Ini antara aktiviti yang dijalankan setiap hari dari Isnin sehinggalah Jumaat.. Ohh yang seronoknya kata Balqis dapat jumpa Imam Muda Asraf.. hiks.. 

Alhamdulillah sepanjang kem ini setiap hari bila petang hari-hari dia akan bercerita apa yang dipelajari dan surah2 yang harus dihafal.

Ohh ya kem ini ada juga utk yang ingin tinggalkan anak-anak mereka utk sebulan ya.. sebab ada anak-anak yang datang sejauh dari Terengganu/Kelantan dan juga Singapore. Bayangkan selama sebulan tinggal bersama, haruslah dah macam adik beradik. 

Cuma Balqis saya balik harian, means kelas dari pukul 8-5.30 petang sahaja.. Jika jauh kem ini pasti saya akan tinggal juga.. tapi kem ini di jalankan di perkarangan surau rumah saya sahaja jadi tidaklah terasa jauh sgt.

makan setalam dan suap kawan-kawan disebelah kita

betapa seronoknya mereka anak-anak syurga
persembahan lagu Hasrat oleh anak-anak yang mengikuti kem 
All in saya memang puas hati kem ini, kerana dapat memberi ilmu, sahsiah dan bangkitkan potensi diri anak-anak yang zahirnya haruslah dibimbing.

In shaa Allah jika ada lagi pasti saya akan masukkan mereka or berikan mereka kesempatan utk belajar hidup dengan kawan-kawan lagi bersama..

Kem ASBAB – Anak Soleh Bijak Bestari..

Mamabeauty

0 thoughts on “Kem ASBAB cuti Sekolah”

  1. Alhamdulillah she enjoy it very much.. memang memula diorng akan rasa tak best tapi lelama sure akan terkesan jua dia hati.. sebab ini bukannya setakat 3 hari yg macam saya pernah hantar but sebulan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *