We Feel You and We Care

Tidak semua orang berkemampuan or berkesempatan atau juga diberi peluang utk turut serta membantu ataupun menghulurkan tenaga utk semua mangsa banjir.

Disebabkan itu al-ikmah care iaitu bukanlah badan NGO ataupun sesiapa just beberapa kerat dari kariah surau ditempat saya ini berpeluang utk membuat kutipan barang-barang keperluan dan juga pakaian utk disalurkan kepada mangsa2 banjir.

Kerja-kerja amal ini telah kami lakukan semenjak 3 tahun lepas.

Kali ini sekali lagi project adhoc begitulah utk mangsa-mangsa banjir. Kami menyediakan 2 hari untuk semua penduduk yang berdekatan yang tidak dapat pergi memberi bantuan boleh juga memberi bantuan dari sini dari segi segala keperluan yang ada.

Hari pertama
Hari Kedua
Alhamdulillah banyak sumbangan diterima pada hari kedua 

In shaa Allah semua sumbangan pada hari kedua akan dihantar terus oleh ahli2 al-hikmah care pada hari Rabu 31hb mlm ini ke Kelantan.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Mamabeauty

0 thoughts on “We Feel You and We Care”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *