Cerita Saya – Seorang Slip Disc – Semasa Kejadian – Kerjaya

Memandangkan kerjaya saya tidaklah hanya di office so adalah sedikit sebanyak memang menyukarkan pergerakan.

Yang paling utama pabila saya drive.. so bila bahu dan tangan sakit sangatlah hazab sebenarnya perjalanan ke tempat kerja dan balik. Terasa perjalanan yang panjang kerana jalan yang jem. 

Saya tidak dapat duduk terlalu lama sebenarnya. Setiap pergerakan saya tidak terikat utk duduk di satu tempat dengan kadar yang lama. So jika 1 jam perjalanan ke tempat kerja amatlah membebankan tulang saya.

Tiada apa yang boleh dilakukan utk meringankan sakit ini kecuali saya beli penyokong belakang saya sahaja.

Sama juga ketika ditempat kerja, saya tidak dapat duduk di depan lappy dengan kadar yang lama. 1 jam paling lama.. after kena jalan2 begitu.

Kerjaya yang sebelumnya saya pakai kasut tumit tinggi, kini saya terpaksa juga membeli kasut flat shoes. Walaupun tidaklah membantu pada saya kerana jika saya pakai flat shoes lama pun akan sakit kaki pula.. hahahah pelik kan..

Yang paling mencabar ialah bila outstation dan perjalanan paling panjang ialah didalam flight. Paling mencabar 2013, memang saya terpaksa bermalam sehari diParis sebelum meneruskan perjalanan ke Brazil. Perjalanan balik 12 jam tambah 6 jam menunggu plus another 12 jam perjalanan utk sampai ke KLIA..Memang semua keperluan saya bawa, ubat ubatan plus all supplemen tetapi rehat yang mencukupi plus terlalu lama duduk didlm flight memang menyiksakan sebenarnya.

kena berbantal tidur didlm flight
 All in saya masih lagi hari2 akan cuba utk adaptasikan rasa kesakitan ini dengan kerjaya ini.Tidak dapat lari begitulah kiranya.

somtimes orang seakan tidak percaya, ya siapa akan percaya yang perwatakan saya seakan tidak sakit.. begitulah.. and sometimes lebih baik jika kita tidak beritahu orang yang kita sakit sebab tak semua dapat mengerti dan menyelaminya keadaan kita.

Mamabeauty

0 thoughts on “Cerita Saya – Seorang Slip Disc – Semasa Kejadian – Kerjaya”

  1. Kalau ada slipped disc mmg teruk…saya boleh kata hari2 jumpa kes slipped disc..awak kena di level Cervical?

    kena cuba juga method lain mcm chiropractic ..

    pernah ke Brazil? wahhhh…teringin saya ke sana…:)

  2. ehehe saya dah cuba chiropractor.. nanti di episod akan datang saya cerita ya.. sebab banyak siri sngat nak cerita pasal slip disc ni..

    correct dibahagian cervical spine

    Alhamdulillah saya pergi utk urusan kerja saya..

  3. uiishh tak sangka susah jugak kalo slip disc kan…kerja seharian agak terganggu…ape puncanye…penah jatuh ke….ade ape2 ubat ke tuk pulihkan slip disc nie….byk plak lieya tanye kan…heheeh sebab tak penah tau….

  4. hehe aah memang susah kalau kita fikir susah kot.. kena harung juga
    So far tak ada ubat utk baik cuma utk kurangkan kesakitan plus tidur yang lena utk saya menjalani hari2 saya insyaAllah nanti saya kupas lebih lanjut ataupun private pm saya di 019-2511448

  5. mmg… slip disc mmberi efect pd setiap xtvt seharian kita..
    lya ada kaji jugak psl slip disc ni sejak lya disahkan mgalami spinal cord injury.. sbnarnya kat malaysia msh x canggih dlm mnangani kesakitan melibatkan saraf2 or pyakit camni.. cam kat singapore, mmg ada pain clinic.. setiap pesakit akan direfer pd pain clinic.. sbb kdg2 pyakit kita y melibatkan urat pling halus dlm badan x dpt dikesan hingga lah direfer pd pain clinic, kat malaysia ni..satu2nya pain clinic kat HUSM, kubang kerian..

    slip disc salah satu y tersenarai utk direfer pd pain clinic.. ada satu kaedah utk mgurangkan or mghilangkan kesakitan ni..iaitu suntikan RF.. hnya di pain clinic blh buat..tp melibatkan kos y agak tinggi jugak..kecuali kalau akak ada ambk insuran.. blh la guna insurans tu.. rsanya pilihan ni lah antara y terbaik utk mgembalikan kehidupan kita..

    kdg2 kesakitan kita org tak faham .. org tak rasa apa y kita lalui..nmpk je kt mgharungi khudpan sprti manusia normal..tp disebaliknya…

  6. betul tu dear.. memang i know di HUSM ada klinik tu and my doktor suggest if nak cuba rawatan disana.. but im not prefer right now hehe my friend ada buat disana and until now on medication makan ubat tahan sakit

    itulah sometimes orang tak faham our cituation kans..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *