Hikmah Kembara Gunung Nuang

Alhmadulillah.. itu yang paling saya bersyukur pabila dapat jejak kembali ke Gunung Bunga Buah after 20 years..

Saya pastikan utk kekal cergas plus *tidak menyusahkan orang lain* ini penting ya kerana jika kita pergi berpasukan esp bila join team lain yg bukanlah rakan baik/rakan bertepuk tampar.. ini haruslah kita ambil berat kerana jgnlah kita sampai menjadi kesusahan pada team mate yang lain.

So sebulan sebelum pergi saya dah start jogging, naik bukit kiara and so on lah sebabnya dah lama tak naik gunung.. takat bukit sikit2 tu adalah..

Perjalanan seawal 5pagi utk ke genting kerana seramai 36 orang yang akan turut menyertai trekking  kali ini. Berhenti rehat di rnr genting sempah, solat dan sarapan pagi.. plus inilah hentian terakhir utk ke toilet jua ya.. Nanti pepandaila kome nak membuang didlm hutan giteww..

Sampai di Gohtong Raya dlm pukul 7 lebih dan startla tukar kepada pakaian yang sesuai, jgnla pakai skirt nak naik gunung, kasut juga hendaklah sesuai ya supaya tidak mudah tercedera nanti..

Persekitaran adalah didalam keadaan wet wet wet selepas hujan lebat malamnya.. so boleh bayangkan ya track yang becak plus selut yang penuh nanti.. *nanges*..

Kasut yang sama ke Kinabalu
Kasut yang sama ke Kinabalu.. on 2008

Sebelum memulakan perjalanan kita stretching dahulu.. jgn belum apa2 kaki dan kejang gitula

Streching dulu apa-apa pun

selepas tu bergerak melalui kebun sayur.. selepas kebun sayur akan melalui track mencanak dlm 300mtr ke atas..

First pacak after kebun sayur..

Berhenti di check point jalan tar…

1st Check point

Dari sini teruskan perjalanan melalui batu2 kuari.. dari sini sehinggalah jumpa pula persimpangan ala2 melantai di kuala tahan.. track yang melandai sahaja tetapi sgtlah mental masa perjalanan balik.. terasa jauhnya dengan berbatu sejauh 3 kilometer..

jalan tar

jln kuari

Selepas mental tocher barulah kita sampai ke check point ke 3 untuk mendaki gunung bunga buah… naik didalam 200 meter dan selepas itu turun jauh kebawah ya sejauh 500 meter.. ini mental sgt pabila kita hendak balik kemudian kerana bila telah letih kita terpaksa naik pula di akhir nanti hew hew..

Naik dan terus naik jer perjalanan ke puncak

selepas itu track hanyalah naik dan mendatar.. naik dan terus naik muhahahhaha.. sampailah ke “Rock Garden”.. disini selalunya perhentian utk all climbers utk berhenti rehat utk mkn ya.. or sesiapa yang tidak meneruskan pendakian ke puncak, boleh berhenti rehat di rock garden sebelum turun kerana dari Rock Garden ke puncak dalam 1 jam lagi perjalanan  fuhhhh

Rock Garden tempat utk berhenti makan/solat n rehat

Akhirnya sampai juga saya ke puncak Gunung Nuang after so many times rehat take 5, take 10 or even take half an hours giteww..

Best walaupun penat hehe

Yayyy sampai sudah

mesti sampai sini barulah kira puncak gunung

masih macam dulu cumanya kali ini banyaknya lebah di atas puncak.. tak tahulah kenapa..

just amik gambo n turun semula ke rock garden utk lunch.. ada yang mkn maggie, makan roti dan mkn buah.. itu jer lah utk alas perut ya.. if nak solat here pun boleh.. sementara kitorang turun around 2pm kebawah..

ada kalanya dah mcm citer “Lord Of the Rings”..
species ulat gonggok punyak lagi..

ini mengambil masa 2 jam setengah pula utk turun..

Disebabkan stamina pun dah berkurangan, so mokcik ala2 heret kaki jualah utk turun, esp semasa pacak terakhir tadi dan track yang melandai sejauh 3km tu..

The rest is pengalaman yang tidak boleh digambarkan dan dizahirkan oleh kata-kata..

Mamabeauty

0 thoughts on “Hikmah Kembara Gunung Nuang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *