Bila Usia 40 menjengah

Entry tertangguh banyak sungguh hew hew.. bukan masalah tiada idea tetapi tidak berkesempatan mau tulis panjang-panjang supaya tidakler membaca sebaris dua saja bukan.

Alhamdulillah, bersyukur sebenarnya.. apa lagi yang mampu diungkapkan selain syukur, syukur dan syukur..

Dari 20 an
Sehingga 30an

Banyak dugaan sebenarnya yang dilalui sebelum menjangkau usia 40 ini terutama dari 33-40 selama 8 tahun hidup yang tidak menentu.

Hidup mencari jalan Tuhan sebenarnya, dalam erti kata sebenar lalai, leka, hidup penuh angan-angan dan tiada siapa pun yang tahu. Saya berperang dengan diri sendiri selama 7-8 tahun kebelakangan ini.

like i’m counting days jika aku tidak berubah sehingga 40 mungkin aku akan selamanya begitu kehidupanku yang lagho..

Sesungguhnya Allah uji dengan kebendaan, harta dunia, cinta dan banyak lagilah ujian-ujian yang sesiapa mengenali pasti tahu. Yang tidak tahu pastinya hanya nampak kehidupan yang baik-baik sahaja.. senantiasa cerita, tiada masalah dijiwa plus apa jua yang melanda.

Sometimes tika suatu saat terasa Allah, terasa kerdilnya diri bila diuji begitu??? Allah beri macam-macam tetapi aku lupa padaNYA..

Begitu banyak nikmatnya Allah beri, lupa dan terus lupa.. Alhamdulillah Allah beri kesedaran dan semoga saya istiqamah..

Memang bukan mudah sebenarnya, dan jika hendak melabel saya ni teruk sebelum ataupun sekarang baik pun tak mampu hendak diucapkan dengan kata-kata. Biarlah ianya antara saya dengan Allah sahaja.

Semoga 40 akan menjadi titik tolak menjadi muslimah yang senantiasa ingat rendahnya kaki saya berpijak di dunia pinjaman ini.

Mamabeauty

0 thoughts on “Bila Usia 40 menjengah”

  1. Itu lah kan Mama Bat…bila usia dah menginjak ni, dan mendengar berita sorang demi sorang sahabat pergi bertemu Pencipta, memang terasa diri ni keciiiiit jer…masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari….mudah-mudahan diperkenankan dan dipermudahkan.

  2. terasa insaf baca n3 ni..
    btul tu..sedaya upaya usia cecah 40-an adalah msa utk trus berubah kearah y baik n mdalami agama..sbnarnya sblm dr usia tu lg kt kna bermula…skarang ramai y mati muda, mati mgejut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *