Contengan Jalanan

aku lihat diriku
aku lihat diriku

Sudah agak lama tidak mencoret apa2 diruangan ini.. barangkali membeku semuanya termasuk diri ini. Semua tersimpan kemas didalam hati sendiri..

Well there’s time yang kita rasa nak freezekan saja waktu bukan dan tidak berganjak walaupun seinci, tetapi we still have to move on walau apa pun yang terjadi.

Ada yang hairan dan tertanya-tanya kenapa saya masih lagi gila untuk terus mendaki gunung walhal duduk dirumah or pegi shopping lebih baik haha

Mungkin mereka2 tidak tahu masa silam saya yang sedikit gila.. (eh sebenarnya lebih gila agaknya).. saya boleh mendaki hanya sekadar roger2 kawan sekepala dan terus pack dan jalan terus tanpa memikirkan apa2.. naik bas paling last ke destinasi dan berjalan hampir maghrib ke campsite. Apa ada hal.. segila itu saya dulu.. tiada arti utk please orang lain atau apa, lagi-lagila nak mencari jodoh kans haha..tiada istilah nak impress sesiapa.. seriusly saya suka kawan2 yang sekepala tanpa mereka ada diskriminasi jantina.

Memang saya rindu mereka, rindu dengan lawak bodohnya, rindu dengan usikan-usikan yang tiada tapisannya.. (nak tidur balik rumahla).. hahahaha pernah muntah di trek semasa naik ke GBB tapi ada yang berlagak macho katanya.. eh macam2lah.. tak terungkap kata2

Ini semua saya simpan baik-baik.. sebab kenangan memang tidak boleh dijual beli walau seberapa kali atau kerap kita naik atau turun, kita akan jumpa pelbagai ragam, orang plus tujuan yang berlainan.

Mungkin saya sekarang hanyalah sekadar utk naik dan perbaiki rekod sendiri.. sebab hanya saya yang tahu jika pertama kali naik pewai, merangkak mahupun seret kaki, kali ke dua atau ketiga saya ingin pula naik dengan prestasi saya yang terbaik insyaAllah. Kita jangan terlalu mendabik dada, aku dah naik 6-7 or even 8 kali kerana Allah yang lebih mengetahui.. diam2 sudah, orang menilai pelbagai cara.. aku hanya diam, lihat dan sesekali senyum saja..

Menikmati keindahan alam bersama hujan yang turun amatlah saya nantikan walaupun risiko saya jatuh bak nangka busuk berkali-kali. Apa arti kehidupan tanpa kejatuhan yer dok??? Kita bisa bangkit dan terus menuju ke garisan penamat.. tanpa usaha dan keazaman mana mungkin saya bisa teruskan perjalanan.

satu perkara yang saya tahu, tiada siapa yang hebat selain diri sendiri kerana kita hanyalah mencabar diri kita sendiri..

“It is not the mountain we conquer but ourselves – Edmund Hillary ”

 

Mungkin di “Contengan Jalanan yang akan datang”

Alia