Category Archives: Hobi

Gunung Tok Nenek Single (10-11 DIS) – Part 2

Jika ikut perancangan awal trip ini tidak mendapat permit.. tukar ke Gunung Besar Hantu.. pun sama juga.. ada kes kencing tikus pula so tetiba sweeper cakap eh jadilah pula… so saya pun preparation tu macam eh jadi ke idak?? gitulah.. lagi satu my concern is within my age yang menginjak usia 40 ni you know macam2lah kan..  dengan stamina yang tak adanya.. on and off plus my all time living with slip disc lagi..

Banyak pulak kesnya berlaku semasa nak pegi ni.. dengan hp saya yang battery drained..(so semua gegambar bukanlah dari saya ya.. semuanya belas ihsan semua yang pergi..*terima kasih pada semua*)so petangnya terpaksa detour untuk hantar ke pusat servis, anak yang belum dihantar ke rumah my sis.. hahaha so agak packed gitu our schedule utk packing barang segala.

Sedari awalnya berkumpul di Linea ofis pun terpaksa saya skip sebab sudah lewat untuk kesana, so teruskan sahaja perjalanan dan jumpa di rnr Tapah untuk minum2..

after that teruskan perjalanan untuk ke kampung Raja di Cameron Highlands.. sepanjang jalan tak tidor… sememangnya saya sebegini.. kesiankan orang sebelah yang drive.. so we either eating, talking or karaoking all the way sampai mata panda ..(jenuhla duet hahaha)

Sampai Kg Raja dalam pukul 4am.. so mostly tidor masing-masing didalam kereta.. saya pun sama juga.. ambil kesempatan tak tidor sepanjang perjalanan tu utk lelapkan mata ni.. terbangun bila azan dilaungkan. Semua pun solat plus ada yang sambung tidor balik coz gerai ahkak tu buka only by 7am. so saya reading sekejap while tunggu gerai tu buka untuk sarapan dan tapau makanan untuk lunch nanti di perjalanan.

suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland
suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland

siap jer sarapan, saya makan ubat-ubatan saya.. dan tapau semua makanan tenghari, kami pun gerak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dimana Abg Poji aka abg yang kasi settle apply permit, tukang hanto naik powil plus tukang belikan segala strawberry, jagung bagai plus sayur salad yang diberi percuma sekotak.. yer SEKOTAK ya..

Parking disekolah Kg Raja
Parking disekolah Kg Raja

nampak tak tu?? berderet powil nak hangkut para pendaki2 yang nak ke Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek… tapi group saya ni ke Tok Nenek Single jer.. ada juga hari tu another group yang nak ke YYBTN (Yong Yap, Bubu, Tok Nenek)…

Disini lepas angkat beg segala, naik powil kami meneruskan perjalanan ke Pos Brooke iaitu Kampung Orang Asli.. *bukan Orang Aslia ya* hahahah..

semua naik powil ready to go
semua naik powil ready to go

keadaan lebih kurang macam ni lah dengan abg poji bawak memang mengucap jelah sepanjang jalan

img-20161213-wa0019
Keadaan macam bangla giteww dengan load barang lagi

Dalam half and hour gaksla rasanya naik powil ni… barulah sampai ke Pos Brooke perkampungan orang Asli.

Pos Brooke
Pos Brooke

sessi briefing dan baca doa sket..

nilah sebahagian peserta yang bersama-sama
Briefing oleh Ence Guide aka Afif, sebelah tu our gogo Nik, Adik2 Imad, Lai dan Shark.. *nama pun dah shark harusla padu* haha.. my sweeper dan Amai.. salute at his age 50++ still boleh layan lagi

After that, semua pun mulakan perjalanan dari situ menuju ke rumah Abg Rajis.. *betui ke??*.. ini untuk tulis nama, group mana masuk and so on.. maklumlah lalu kawasan orang kenala gitu dok.. like Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Memberi Kita Merasa *ewah*…

melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
img-20161213-wa0022
Ence Guide tgh tulis nama dan beramas mesra sama Abg Rajis

Selesai dari rumah orang asli ni teruskan perjalanan menuju ke cross sungai yang pertama..

nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut :-)
nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut

jalan lagi.. lintas sungai dan terus jalan.. trek taklah mencanak tetapi landai yang mental giteww.. canak sikit2 tu biasalah..

lepas tu teruskan perjalanan lagi sampai ke Air Terjun tersembunyi..

img-20161213-wa0035

img-20161213-wa0039

 

img-20161213-wa0029
tak pasti saya crossing yang ini atau yang lagi satu yang sampai jadi bahan “Kem Celup”.. yang mana faham tu faham lah ya hahaha
img-20161213-wa0027
jika tiada Lai agaknya tiadalah hiburan bagi kami :-)

img-20161213-wa0036

teruskan lagi perjalanan… sampai simpang Y kami regroup sekejap untuk melalui laluan buluh.. part ni memang azab sebabnya kena menunduk bersama beban beg masing-masing..

img-20161212-wa0066
selepas simpang Y menuju ke kem Lengkuas

cossing entah yang keberapa kali.. dan melalui buluh-buluh..

img-20161213-wa0005

another crossing

nampak tak tu jenuh nak tunduk segala
nampak tak tu jenuh nak tunduk segala

layan jelah laluan buloh ni… sini lutut dah start gigil sebab lapar

muka penat
muka penat (amik gamba senyumla)

dari laluan buluh ni menuju Kem Lengkuas untuk makan tengahari…

on the way tu ada camp rasanya.. tapi unknown giteww.. just berhenti take 5

take 5
take 5

dalam 2.30 ke 3pm kot baru sampai ke Kem Lengkuas ni… (ahkak ta quad seriusly) sini saya top up lagi makan ubat-ubatan, minum air garam siap, vivix, osteo semua…

sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala
sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala

sebab hari pun dah petang plus semua ala2 tak sanggup pikul beg  kan so mesyuarat tingkap segala  sebulat suara membawa berkat dan dari kata-kata manis Ence Guide juga its either bermalam di Kem Hari ataupun Kem Berlumut which is another pacak all the way there.. Kami semua pun decided untuk bermalam di Kem Hari..

Kem Kicap
Kem Kicap

There is another few camp rasanya.. Kem Asadi..

Teruskan perjalanan dari Kem Lengkuas- Kicap – Hari

another crossing

img-20161212-wa0077

dah nak dekat sampai ni kesian juga pada my sweeper.. *maklumlah beg lagi berat dari saya*.. minta take 10mnts utk dia lepaskan lelah.. so rehat lama sikit sama Imad

teruskan perjalanan dan nak dekat2 sampai ke Kem Hari tu hujan pula turun *dalam hati dah siap berdoa supaya saya tak demam*..

Sampai je ke kem Hari dalam pukul 6pm terus semua terus set up kemah bagai, fly sheet semua, ground sheet dan terus bersihkan diri coz its going to be dark very soon..

Rupanya di kem Hari ini kedatangan kami disambut dengan agas.. saya pun tak pasti bagaimana agas ni bertindak balas.. samada dengan bau busuk kami ataupun sememangnya tempat disini banyak agas… dah semalaman tak boleh tidor lagi bertepuk tampar sama agas ni..

didalam kepekatan malam dok memotong sayur, masak dibawah flysheet yang basah.. *nanges* beserta agas menemani…

img-20161213-wa0040

Alhamdulillah nikmat Allah mana lagi yang mahu kudustakan pabila perut yang lapar disajikan dengan makanan sebegini

yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa
yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa

lepas makan, solat segala.. lepas sesi suka sama suka pukul berapa nak naik ke puncak semua pun tidor..
Sememangnya dugaan itu berpanjangan.. :-(… tidor bersama agas sangatlah mencabar…

InsyaAllah saya sambung pMalam terus bersambung bersama dengkuran orang sebelah saya yang lena sahaja beserta tepuk tampar juga…

perjlanan menuju ke Puncak Tok Nenek esok atau entah bilanya hahahaha *doakan saya rajin ya awak*..

 

mamabeauty

 

Gunung Tok Nenek Single (10-11 Dis 2016) – Part 1

Puncak Tok Nenek
Puncak Tok Nenek

After 20 years dah tak pikul beban untuk naik ke gunung this is was like first time again.. jika dahulu gunung pertama yang saya daki adalah ke Stong.. itupun injured (hahaha sila gelak sebab kaki masuk lubang) trip ini after 20 years gantung beg adalah ke Gunung Tok Nenek.. not a sweet place (sweet maybe bersama my own sweeper) but tough one… well as untuk saya yang memang ada history slipped disc dan kaki kiri yang sememangnya injured sekian lama maka trip ini agak seret kaki jugaklah.. (sila percaya)..

Trip ini adalah kelolaan dari Linea Adventure, so consider saya by invitation only.. (syukurlah ada orang ajak) hahahah (matikla kalo sweeper baca)thanks to my dear sweeper yang ajak *sambil urut2 belakang* , gogo yang pandai masak.. *berani nak cakap gogo tak sedap masak???* nanti dia reject saya hehehehehe.. mr guide yang masuk air keh keh keh.. dan line up linea yang awesome.. saya jer yang siput sedut.. diorng semuanya power root..

here is the tentative dari Mr Guide aka Afif

Jumaat 9/12/2016

2200 Berkumpul di opis Linea Architect dan pembahagian ration (ini diorang jer sempat kumpul, saya hantar anak lagi so tak sempat ke opis pun.. terus shoot jumpat di rnr tapah)

2330 Bertolak ke Masjid Kg Raja Cameron Highland (minum di rnr tapah )

SABTU 10/12/2016

0400 Tiba di Masjid Kg Raja dan solat subuh (ngantuk tahap tenuk sebab takleh tido.. layan karok berdua lam keta)

6.30 tapau breakfast dan lunch. Parking kereta di sekolah Kg Raja (after solat n sempat reading supaya tak tertido, breakfast nasi lemak yang maha pedas.. berharap tak cerry berry dalam perjalanan nanti) tapau nasi goreng, nasi putih, ikan dan ayam goreng seketul plus kuah kari daging)

0800 Naik powil ke Kg Regil (Bukan selalu naik powil macam bangla tu beramai-ramai, dengan sejuknya)

0900 Tiba di Kg Regil *berasap gakla bontot naik powil bersesak2 gitu* (masa ni Ence Guide briefla sesikit nanti regroup dimana, after that baca doa makan ehhh.. doa semoga kami semua selamat pergi dan baliknya hahaha , masa ni ada gak group open yang lain dalam 30 orang naik YYBTN)

0930 Start trekking (rasa nak tercabot pinggang saya… serius sebab hangkut beban 14kg.. dengan lalu sungai lagi.. kaki pun dan start nak cramp time ni hahaha)

1100 Tiba di Simpang Y (Regroup) serius dalam hati bila ni nak makan hahaha sebab kelaparan.. so saya minum esp utk alas perut.

1230 Tiba di Kem Lengkuas (regroup) sampai sini pukul 3 petang bayangkanlah.. mau tak gigil lutut mak jemah , makan yang bekal di bungkus tadi.. masyaAllah nasi goreng tu dah hampir basi.. so berdua sejoli la saya makan bersama nasi putih sahaja with ikan goreng n ayam goreng..

1700 Tiba di Kem Berlumut (bermalam) tak bermalam disini pun sebabnya semuanya dah tak lalu nak hangkut beg masing2 gamaknya hahaha.. so after mesyuarat tingkap semua sepakat bermalam di Kem Hari

AHAD 11/12/2016

0400 Start trekking ke puncak Tok Nenek (ada 2 peserta yang tak naik puncak aka Azmi yang injured di lutut dan Mr Gogo yang katanya mauk memasak utk kitaorg nanti pabila turun.. or maybe he feel sick??? )

0730 Tiba di puncak Tok Nenek dan breakfast (Subhanallah.. tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan superb view at the top as always)

0900 Start turun ke Kem Berlumut (turun awal dari time ni sebab sampai pun awal)

1100 Tiba di Kem Berlumut dan bersiap (turun2 kelaparan gila.. so bedal lah cokodok yang digoreng pukul 1 pagi) lunch sesiap also baru turun

1330 Start turun ke Kg Regil (macam nak tercabot jari kaki ni sebabnya jari kaki start melecet)

1830 Tiba di Kg Regil (semua tahap sampai nak campak beg dah time ni.. kenapalah jauh sangat umah orang asli tak jumpa2 lagi hahahahaha)

1930 Naik powil ke sekolah Kg Raja (sekali lagi melayan angin malam pulak kali ni.. bukan tahap bontot berasap.. siap kaki pun cramp gaks)

2030 Tiba di Sekolah Kg Raja dan bersiap (mandi di dalam kawasan sekolah)..

2200 Bertolak balik ke KL (awal lagila diorang shoot balik.. saya dan Mr Sweeper take my own sweet time berehat 1 night di Kg Raja).. terima kasih pada Abg Poji yang tolong carikan rumah tumpangan.. sesapa yang nak kesini leh contact Abg Poji ya..

antara menu yang gogo sediakan

Siakap 3 rasa (lagi mau cakap gogo tak pandai masak???) kau mampoo naik gunung dapat makan siakap 3 rasa hahahaha

ayam masak kicap (yang ni tak malu saya tambah ayam sebab kebulur) hahahah..

terima kasih ya gogo yang pandai masak.. we als cuma tolong potong2 dan tolong tengok jer kikikiki…

tak trill lah cerita semua kan.. esok2 saya sambung ya coz saiya ta quad nak recall semua cerita.. ada cerita mistik, cerita kelakar plus pewai berjemaah..

mamabeauty

 

 

Contengan Jalanan

aku lihat diriku
aku lihat diriku

Sudah agak lama tidak mencoret apa2 diruangan ini.. barangkali membeku semuanya termasuk diri ini. Semua tersimpan kemas didalam hati sendiri..

Well there’s time yang kita rasa nak freezekan saja waktu bukan dan tidak berganjak walaupun seinci, tetapi we still have to move on walau apa pun yang terjadi.

Ada yang hairan dan tertanya-tanya kenapa saya masih lagi gila untuk terus mendaki gunung walhal duduk dirumah or pegi shopping lebih baik haha

Mungkin mereka2 tidak tahu masa silam saya yang sedikit gila.. (eh sebenarnya lebih gila agaknya).. saya boleh mendaki hanya sekadar roger2 kawan sekepala dan terus pack dan jalan terus tanpa memikirkan apa2.. naik bas paling last ke destinasi dan berjalan hampir maghrib ke campsite. Apa ada hal.. segila itu saya dulu.. tiada arti utk please orang lain atau apa, lagi-lagila nak mencari jodoh kans haha..tiada istilah nak impress sesiapa.. seriusly saya suka kawan2 yang sekepala tanpa mereka ada diskriminasi jantina.

Memang saya rindu mereka, rindu dengan lawak bodohnya, rindu dengan usikan-usikan yang tiada tapisannya.. (nak tidur balik rumahla).. hahahaha pernah muntah di trek semasa naik ke GBB tapi ada yang berlagak macho katanya.. eh macam2lah.. tak terungkap kata2

Ini semua saya simpan baik-baik.. sebab kenangan memang tidak boleh dijual beli walau seberapa kali atau kerap kita naik atau turun, kita akan jumpa pelbagai ragam, orang plus tujuan yang berlainan.

Mungkin saya sekarang hanyalah sekadar utk naik dan perbaiki rekod sendiri.. sebab hanya saya yang tahu jika pertama kali naik pewai, merangkak mahupun seret kaki, kali ke dua atau ketiga saya ingin pula naik dengan prestasi saya yang terbaik insyaAllah. Kita jangan terlalu mendabik dada, aku dah naik 6-7 or even 8 kali kerana Allah yang lebih mengetahui.. diam2 sudah, orang menilai pelbagai cara.. aku hanya diam, lihat dan sesekali senyum saja..

Menikmati keindahan alam bersama hujan yang turun amatlah saya nantikan walaupun risiko saya jatuh bak nangka busuk berkali-kali. Apa arti kehidupan tanpa kejatuhan yer dok??? Kita bisa bangkit dan terus menuju ke garisan penamat.. tanpa usaha dan keazaman mana mungkin saya bisa teruskan perjalanan.

satu perkara yang saya tahu, tiada siapa yang hebat selain diri sendiri kerana kita hanyalah mencabar diri kita sendiri..

“It is not the mountain we conquer but ourselves – Edmund Hillary ”

 

Mungkin di “Contengan Jalanan yang akan datang”

Alia

 

Hikmah Kembara Gunung Nuang

Alhmadulillah.. itu yang paling saya bersyukur pabila dapat jejak kembali ke Gunung Bunga Buah after 20 years..

Saya pastikan utk kekal cergas plus *tidak menyusahkan orang lain* ini penting ya kerana jika kita pergi berpasukan esp bila join team lain yg bukanlah rakan baik/rakan bertepuk tampar.. ini haruslah kita ambil berat kerana jgnlah kita sampai menjadi kesusahan pada team mate yang lain.

So sebulan sebelum pergi saya dah start jogging, naik bukit kiara and so on lah sebabnya dah lama tak naik gunung.. takat bukit sikit2 tu adalah..

Perjalanan seawal 5pagi utk ke genting kerana seramai 36 orang yang akan turut menyertai trekking  kali ini. Berhenti rehat di rnr genting sempah, solat dan sarapan pagi.. plus inilah hentian terakhir utk ke toilet jua ya.. Nanti pepandaila kome nak membuang didlm hutan giteww..

Sampai di Gohtong Raya dlm pukul 7 lebih dan startla tukar kepada pakaian yang sesuai, jgnla pakai skirt nak naik gunung, kasut juga hendaklah sesuai ya supaya tidak mudah tercedera nanti..

Persekitaran adalah didalam keadaan wet wet wet selepas hujan lebat malamnya.. so boleh bayangkan ya track yang becak plus selut yang penuh nanti.. *nanges*..

Kasut yang sama ke Kinabalu
Kasut yang sama ke Kinabalu.. on 2008

Sebelum memulakan perjalanan kita stretching dahulu.. jgn belum apa2 kaki dan kejang gitula

Streching dulu apa-apa pun

selepas tu bergerak melalui kebun sayur.. selepas kebun sayur akan melalui track mencanak dlm 300mtr ke atas..

First pacak after kebun sayur..

Berhenti di check point jalan tar…

1st Check point

Dari sini teruskan perjalanan melalui batu2 kuari.. dari sini sehinggalah jumpa pula persimpangan ala2 melantai di kuala tahan.. track yang melandai sahaja tetapi sgtlah mental masa perjalanan balik.. terasa jauhnya dengan berbatu sejauh 3 kilometer..

jalan tar

jln kuari

Selepas mental tocher barulah kita sampai ke check point ke 3 untuk mendaki gunung bunga buah… naik didalam 200 meter dan selepas itu turun jauh kebawah ya sejauh 500 meter.. ini mental sgt pabila kita hendak balik kemudian kerana bila telah letih kita terpaksa naik pula di akhir nanti hew hew..

Naik dan terus naik jer perjalanan ke puncak

selepas itu track hanyalah naik dan mendatar.. naik dan terus naik muhahahhaha.. sampailah ke “Rock Garden”.. disini selalunya perhentian utk all climbers utk berhenti rehat utk mkn ya.. or sesiapa yang tidak meneruskan pendakian ke puncak, boleh berhenti rehat di rock garden sebelum turun kerana dari Rock Garden ke puncak dalam 1 jam lagi perjalanan  fuhhhh

Rock Garden tempat utk berhenti makan/solat n rehat

Akhirnya sampai juga saya ke puncak Gunung Nuang after so many times rehat take 5, take 10 or even take half an hours giteww..

Best walaupun penat hehe

Yayyy sampai sudah

mesti sampai sini barulah kira puncak gunung

masih macam dulu cumanya kali ini banyaknya lebah di atas puncak.. tak tahulah kenapa..

just amik gambo n turun semula ke rock garden utk lunch.. ada yang mkn maggie, makan roti dan mkn buah.. itu jer lah utk alas perut ya.. if nak solat here pun boleh.. sementara kitorang turun around 2pm kebawah..

ada kalanya dah mcm citer “Lord Of the Rings”..
species ulat gonggok punyak lagi..

ini mengambil masa 2 jam setengah pula utk turun..

Disebabkan stamina pun dah berkurangan, so mokcik ala2 heret kaki jualah utk turun, esp semasa pacak terakhir tadi dan track yang melandai sejauh 3km tu..

The rest is pengalaman yang tidak boleh digambarkan dan dizahirkan oleh kata-kata..

Mamabeauty

Suatu Hari di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Akhirnya selepas 20 tahun lebih kurang barulah saya menjejak kaki lagi ke Sg Chilling ini
Dam Sg Selangor
Balqis di tepi Dam Sg Selangor

 

Nostalgia sangat tempat ini sebenarnya, sebab semasa muda2 saya selalulah jejak kaki ke sini with my dear friends.

Dulu merasalah naik bas hingga ke Pekan Kuala Kubu tu and turun cari pula teksi ataupun kereta sapulah yang akan membawa kitaorang ke Sg. Chilling.

Sekarang ni, tempat ini telah menjadi pusat penternakan ikan kelah. Itu sebabnya ianya hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Perjalanan kami tidaklah seawal pagi, just keluar macam pergi kerja tu dalam pukul 7.30 pagi, sarapan dulu n beli makanan utk tengahari pula sesiap haha sebab disana nanti tiada tempat untuk memasak, kecuali sanggup masak di bawah n bawak barang ke atas.

So hanya bungkus nasi lemak 6 bungkus, 2 mihun dan 3 ketul kuih. Air pula hanyalah 2 botol mineral kecil hahahah memang sgtlah mudah.
 
Sampai di dam Sg Selangor dulu, turun keta n amik gambo dulu hehehe
 
selfie seround di Dam sg Selangor
Selfie dulu

my girl Batrisya tu tanak berselfie katanya.. duk dlm keta hew hew.. tapi si comel Balqis tak perlu disuruh, dah kuar keta dok selfie sendiri hehe..

Sampai di depan pintu gerbang and parking keta passtu kita kena masuk ke dalam untuk register ya.

Pintu Gerbang Sg Chilling
pintu gerbang
berjalan masuk
Mungkin cuti sekolah so ramailah rombongan2 yang datang ke Sg Chilling ni gamaknya, ada budak scout yang baru balik dari berkhemah semlam, ada group2 yang besar2lah.
Sg Chilling
Beratur untuk declare makanan dan juga register
Lepas semua dah clear barulah memulakan perjalanan ya dengan melalui jambatan gantung, itupun beratur jugak.. hew hew 
see ramainya orang
Perjalanan dalam 3 kilometer dan kena lintas 7 anak sungai termasuk yg jambatan ni hehehe..

ini anak sungat yang pertama yang kitorang lintas

anak sungai pertama
makin lama makin tinggi kena lintas anak sungai ni separas pinggang, and jika hari hujan mind you ols yang airnya akan menjadi deras dan dalam…

Dan selepas 1 jam lebih sebab jammed ya amat ramai orang, kami pun sampai ke air terjun yang dijangka.. if tak ramai orang boleh cepat lagi rasanya dalam 45 minit kot.. tengokla pada stamina and keadaan sungai tu kan masa nak crossing.
sg chilling 
Banyak ikan disini, dan kita boleh beri makanan ikan yang dibeli dipejabat renjer RM2 dan beri mkn ikan2.. best jer bila kaki diurut ikan hehehe..

beri makan ikan
sgt berbaloi ya jika pemandagan sebegini yang kita nikmati
Due to ramai sangat orang yang sampai kesitu, we als decided utk gerak ke tempat lain  utk mandi.. rugi pula sebab ingatkan nak naik ke air terjun atas lagi, tetapi my angles tu tanak le pulak trekking.. so jomla angkat bontot ni kita gi cari tempat untuk mandi dan makan..
nikmat sangat makan nasi lemak bungkus hehe
makan tepi sungai sedap hingga semua licin
Jangan tak tahu ya, apa yang kita declare di pejabat segala makanan, botol air kenalah bawa turun bersama nanti, so that sungai ni pun terpelihara..

After makan mandi2 and kasilah chances ya mokcik nak bergambo..
mommy and daughter at sg chilling
mandi manda

romantika di sg chilling
kasi chancelah
okes semua, nantikan after bila masa saya insyaAllah gi memana pula ya..

Sayangi sungai anda
mamabeauty