Category Archives: Keluarga

My Sweet Little Pumpkin

Orang selalu kata didalam setandan pisang takkan semua sama ya dak??
sama macam anak-anak kita gaks.. dalam ramai-ramai tu adalah yang bisa mencairkan hati kita terutama me as “Mommy” yang sangatlah mudah cair seh.. *hati tisu sngt neh*

Walaupun kuatlah sangat menjawabnya.. means adalah saja yang nak dijawabnya bila ditanya, bila disuruh waima bila dimarahi.. 

Bezanya dia dengan abang irfan dan kakak batrisya ialah she’s such a loving person..

Always hugs me..
Always alert bila mama dia ni tak ceria
even semalam bila i’m not feeling well n she’s notice about it dengan cepat..
“Mama kenapa muka sedih jer, monyok jer tak ceria??”
hahahah see dia memang sangat prihatin dengan mama dia ni..

Sometimes kan, without telling her dia akan buatkan air, ambilkan makanan utk kita..
Memang sangat berbeza with abang n kakaknya yang bila disuruh barulah buat..

Now she’s 9 years old big girl already to mommy..
Semoga menjadi anak yang solehah n menjadi guru yang disayangi ya sayang..

Buatlah majlis sambutan birthday di sekolah agama..

Mamabeauty

Go Green House

Semasa on the way balik ke Kl raya haritu, saya berkesempatanla utk singgah kerumah my sister somewhere di Bagan Dato.. *tempat our new Tpm*

 Apa yang best sgt ni hehe..

 Suka dengan suasana kampung plus gi kebun dia tu hahaha.

 Orang bando aa ginilah gayanya…

kebun sayur
gi kebun gigih angkut ubat nyamuk

ini dua beranak gigih sgts ni petik cili

Dahla pakai baju kelawar sajork hahaha

besnya pokok kelapa dia rendah boleh petih gitu jer

haha letih den nonggu

suka dia dapat buah kelapa

errrkkk ini meriam rare okes.. bunyi MasyaAllah macam nak pecah tingkap
Disini mostly semua orang berkebun kelapa.. and my sister pun sama juga.. just this time around dia sulamkan kebun kelapa dia dengan kelapa matak which is kelapa yang rendah2 tu.. and ada jua tanam cili, tanam pokok dragon fruit, terung, serai, kunyit dan limau.. ohoiiii best okay.. terasa nak jadi petani moden sngts ni..

Which umah sendiri pun voley green gini.. so far yang ada pokok petola and pisang sahaja hahaha

Okay insyaAllah if projek tanam pokok sayur menjadi will share yach..

Mamabeauty

Cerita Raya 2015

Seriusly bersawang dah blog haha.. sebabnya bercinta sangat nak transfer gegambo yang maha banyak didalam hp ke lappy ni..

Ada cerita dari puasa sampaila raya hehe *okay alasan yang tidak munasabah kans*

Raya haritu as usual tahun ini merupakan tahun lontong so kita beraya di Meru, Klang dahulu and as usual juga after raya ke 3 baru kita ke Bagan Serai, Perak..

Sudah bertahun2 kitaorang tak pernah pun beraya sedondon.. ini kalilah baru terbuka hati untuk sedondon.. selalunya our raya ikut suka hati sendirilah warna apa yang nak dipakai.. hew hew..
BIla tengok balik gegambo ni eh.. cam cecantiks pulaks kans ahaks..
Pemilihan warna ofkoz sayalah yang pilih.. warna asal sebenarnya adalah “teal” which is gelap sikit biru n hijaunya.. end up warna seakan-akan turqoise ni jer yang dapat carik..

raya 2015
Our small family

raya 2015
me with kiddos

raya 2015
me with cik abe

Raya sini just visited all auties n pakcik n mokcik house yang maha sekentut jer.. keliling kampung jer.. so 2 hari pusing siap dah.. paling jauh pun gi Padang Jawa n area Shah Alam..

Ini ootd raya ke 2 pulak.. *mohon jgn muntah yach dgn aksi gediks kami*

raya 2015
my kiddos

raya 2015
Selalunya kami pakai warna warni camni hehe

raya 2015
amboi kemain  ngorats hahaha
Raya ke3 mohler kita berangkat ke Perak.. which is time2 begini all may adik beradik mostly dah tak ada disana.. ramai yang pulang either ke umah mertua dah.. and tak ada gegambo pun semasa di Perak bley?? 

All in.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambutnya bersama-sama insan tersayang plus dapat memohon maaf jua.

How’s Raya you ols pula???

Mamabeauty

Sungai Chiling Kami Datang Lagi

Due to my son ada tusyen back to back masa cuti sekolah memang tidak kemana-manalah jawabnya.. Kesian juga dia yang nak hadapi SPM kans.. so end up amiklah cuti sehari bawak bebudak gi tgk wayang n esoknya bawak gi Sg Chiling again.

Ini sebab dah janji sama si dobot Balqis yang dia nak camping, but due tu ramai sangat umat haritu, balik hari gaksler..

air terjun sg chilling
Renang Berirama hahaha
Dibawah still ada ramai orang beri makan ikan n nak letak bontot pun tak boleh kaedahnya.. Tapi track nak naik ke atas ni Ya Allah mencanak sungguhla.. Balqis sambil jalan sambil pot pet pot pet penat mendaki heheheh.

Air terjun atas ni tak ada orang pun.. ada 2 group n we als jer..
Sinilah saya pulun berenang hehehe coz tak brapa suka sangat berenang di kolam utk my slip disc tu nanti kulit habisla terbakar plus kering.

All ini semua puas hati kali ni dapat berenang-renang bagai dengan kolam luas n tak ada orang ramai.. 

Till next time, after raya pula katanya nak mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan.. fuhhh cabaran gaks tu sebab after raya sure tiada senaman n dah lepas melantak segala lemang, rendang bagai..

Mamabeauty

Allah Maha Mengetahui

Saya tak pasti bagaimana ianya bermula, tetapi yang saya pasti ianya terjadi pabila terus-terusan kesakitan yang melampau sehingga susah mahu buang air kecil aka kencing.

Ayah saya sendiri dulu last few years menderita sakit yang sama, prostate bengkak dan seterusnya kenalah pakai salur tu kan utk buang air. Alhamdulillah now walaupun dah berusia dan uzur benar, Abah dah tidak memakai salur getah lagi.

It was not a good memory utk dikenang sebenarnya.. tetapi untuk peringatan dan mungkin juga utk hebahan, rujukan mahupun ingatan kepada kita.

Sayangi mereka selagi ada..

It was a sad things to know yang setelah sekian lama now my father in laws pulak yang mendapat masalah prostate ini. Tetapi Allah menguji lebih hebat lagi.. keluar masuk hospital, buat bermacam-macam ujian lagi.. and pada yang tidak tahu bagaimana utk check prostate tu bengkak ke tidak, hanyalah dengan masukkan jari ke lubang dubur kita hew hew..

Can you imagine orang tua diperlakukan sebegitu???? sure rasa tidak selesa bukan???

Tetapi yang lebih hebat bila setelah a few examinations, he was diagnosed with KANSER..


Mungkin early stage but still kanser will grow faster if we didn’t do anything about it.

Hanya mampu melihat saya dan menjadi pendengar..

Sometimes Allah uji kesihatan orang tua kita utk melihat sejauh mana kesabaran dan kesanggupan anak-anak utk menjaga.

Allah is so great..Ujian itu adalah tarbiyah dari Allah,, Ujian adalah asbab utk kita semakin dekat denganNYA, malah semakin Allah sayang semakin kuat taufan melanda..


Mamabeauty

Home

Memang bukan mudah untuk mencari masa yang ada utk kumpul all of us together di hari minggu.

If saya yang tak ada dirumah, maybe anak2 pula yang busy with their programs gitulah.. or maybe my other half pula yang tak ada with us.

So jarang-jarang dapat kumpul tu.. last weekends tu when semua ada umah..moh ler kita gi bersantai-santai tgk wayang ya.

Bukan selalu pun.. ini pun sebabnya my angle Balqis tu bawah umur so mommy kenala teman nengok citer kartun *layankan jelah*..

mommy and Balqis kena geget hehehe
Memula ingat nak gi tengok di Citta Mall.. tup2 bebudak tak boleh masuk tengok citer F7 tu.. so terusla ke Subang Parade pulak mencuba nasib..
Jadiknya diroang berteega tengok F7 n mommy sama Balqis tengok citer Home. Best jugak citer ni penuh pengajaran.. 
Home

 Comel sangat watak2 citer Home ni.. esp si Oh dan Kucin tu.. 

cant wait for minions movies laks

All in it was a great movie with great company..

Mamabeauty

Ujian Kesihatan Untuk Kami

Seminggu dua ni satu rumah silih berganti demam.. Alhamdulillah tiada yang major2 teruk plus pagi ni baru buat blood test utk my baby besar tu.. just a viral fever.. takut jugak kan if kena denggi ke.

Sebabnya dah seminggu demam on and off begitu.. Kitaorng punya area tu pun memang ada kes denggi before.. Tingat 2008 yang 3 orang sekaligus masuk wad.

On the other part is terima berita yang tak berapa best tentang blood test my other half. Counting of virus tu ada dalam 20 ekor pula utk test terbaru for hepatitis ni. So kenalah makan balik ubat setiap hari.

Simptom Hepatitis B
Ini adalah simptom-simptomnya

Sebab pernah kena attach after demam denggi dulu, i’m more concerned now bila dia demam or mengadu kata sakit dibahagian liver. There’s something wrong there. So memang betul lah kerisauan saya itu.

Nak jalan ujung minggu ni pun risau keadaan diorang tu.. sigh.. semoga semuanya beransur pulihlah..

Anw selamat berhujung minggu yang panjang ya bersama orang-orang tersayang..

Mamabeauty

Kelab 5am apa kelebihannya????

Nampaknya siri akhir tu nenantilah saya sambung ya hehehe.. 


Okays.. harini saya nak cerita tentang Kelab 5 am.. Dedulu teringat saya back to tahun 2002 zaman2 blog ni tengah famous giteww.. saya selalu baca satu blogger ni consider Mak Ciklah.. she’s always lah bangun awal dan memasak diawal pagi utk anak bujangnya yang ada dirumah.. means anak2 yang dah tak duduk nursery.. so masaklah kan options yang ada.

At that time anak2 saya kecik2 lagi dalam 2-3 tahun gitu.. so motifff sgt nak bgn awal buat bekfast kans.. 

Masa tu sebenarnya saya tak terfikir sangat2 yang banyaknya manfaat kelab 5am ni selain dari memasak dan siapkan urusan utk keluarga.

Sekarang ni bila anak2 saya sendiri sudah membesar dan tidak lagi tinggal di nursery dan bila habis sekolah duduk dirumah.. Automatik gitu saya pun bangun awal siapkan bekalan utk diorng.. Mungkin naluri seorang ibu begitu.. Mana mungkin beliau akan tinggalkan anak2 tanpa makanan ye dok???

Now i know..

Lagi satu kenapa Kelab 5am ni sangat berguna ialah selain daripada urusan keluarga kita dapat siapkan, urusan diri kita sendiri dengan Allah jua dapat kita sempurnakan. 

JIka kita lihat orang2 yang berjaya juga bangun seawal pagi utk memulakan rutin harian mereka.. KIta apatah lagi????

Dengan business online yang sedia ada lagilah memudahkan saya utk melihat prestasi anak2 buah thru online.. Disinilah kita letakkan time management diantara kerjaya dan juga keluarga. 



Jujurnya dedulu bangun sekadar bangun jelah.. mana ada nak tahajud bagai or lebihkan zikir kans.. Kini tidak lagi… Alhamdulillah.. saya bersyukur walaupun umur meningkat di ambang 40an baru diberi hidayah utk lebih dekat padanya.. 

Sometimes bila kita fikirkan, “Nikmat apakah lagi yang mahu kita dustakan??”.. semunya sudah kita kecapi tetapi kita masih lagi ditakuk lama.. means tiada perubahan langsung kehidupan kita waima peningkatan dari segi rahoni dan fizikal kita denganNYA..

Saya tidak cakap saya hebat dan sudah sempurna, tetapi inysaAllah dengan izinya saya cuba utk ISTIQAMAH utk berubah ke arah kebaikan..

Biarlah sedikit tetapi BERTERUSAN..

Mamabeauty

Kem ASBAB cuti Sekolah

Semalam berkesempatan menghadiri majlis ilmu, iaitu majlis penutup untuk anak2 yang mengikuti ASBAB..

Tahun lepas saya hantar anak yang sulung utk mengikuti kem ASBAB ini.. Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku dari segi kehidupan dan cara pergaulan.. Alhamdulillah..

Jujurnya ingin hantar kedua-dua puteri tetapi Sabrina insist tanak pulak.. penat katanya.. baru saja bertungkus lumus dengan exam nak lalui ASBAB selama sebulan pula.

Jadi hanya si comel Balqis sahaja yang teruja utk menyertai kem ini. Salah satu sebabnya katanya bosan tinggal dirumah.. Jadi kem ASBAB ini sedikit sebanyak mengisi hari-hari beliau semasa cuti.

Ini antara aktiviti yang dijalankan setiap hari dari Isnin sehinggalah Jumaat.. Ohh yang seronoknya kata Balqis dapat jumpa Imam Muda Asraf.. hiks.. 

Alhamdulillah sepanjang kem ini setiap hari bila petang hari-hari dia akan bercerita apa yang dipelajari dan surah2 yang harus dihafal.

Ohh ya kem ini ada juga utk yang ingin tinggalkan anak-anak mereka utk sebulan ya.. sebab ada anak-anak yang datang sejauh dari Terengganu/Kelantan dan juga Singapore. Bayangkan selama sebulan tinggal bersama, haruslah dah macam adik beradik. 

Cuma Balqis saya balik harian, means kelas dari pukul 8-5.30 petang sahaja.. Jika jauh kem ini pasti saya akan tinggal juga.. tapi kem ini di jalankan di perkarangan surau rumah saya sahaja jadi tidaklah terasa jauh sgt.

makan setalam dan suap kawan-kawan disebelah kita

betapa seronoknya mereka anak-anak syurga
persembahan lagu Hasrat oleh anak-anak yang mengikuti kem 
All in saya memang puas hati kem ini, kerana dapat memberi ilmu, sahsiah dan bangkitkan potensi diri anak-anak yang zahirnya haruslah dibimbing.

In shaa Allah jika ada lagi pasti saya akan masukkan mereka or berikan mereka kesempatan utk belajar hidup dengan kawan-kawan lagi bersama..

Kem ASBAB – Anak Soleh Bijak Bestari..

Mamabeauty

Riadah Hujung Minggu

Bila lama tak buat work out utk stamina dan tetiba pegi panjat bukit yang bukan calang2 tingginya, beginilah jadinya.. hehe.. sakit sana-sini..

Alhamdulillah saya ada supplement shaklee yang bantu saya utk lalui jerih perih perjalanan selama 45 minit ke puncak Bukit Saga.

track yang naik sahaja tiada turunnya kecuali masa balik
yang muda2 semuanya dihadapan
semakin perlahan
Trek yang saya anggap jika ingin ke Puncak Kinabalu bolehla cuba training disini naik setiap minggu ya.. trek yang lebih kurang sama tetapi steps yang lebih kecil2 berbanding trek Kinabalu yang lebih besar2 langkahnya.

Selalu, either anak2 pergi sendiri bersama kawan2 ataupun my other half yang akan bawa orang kemana-mana track utk training. Kali ini kami pergi seisi keluarga utk menghabiskan cuti hujung minggu bersama.

Saya sudah pastinya kenderaan berat hahaha.. memang sangat terasa pabila sudah lama tidak pergi jogging utk tingkatkan stamina.

Itupun seawal pagi saya telah sesiap makan sebiji Vitalea, B complex, AJHT utk sendi2 saya dan sesudu vivix. Saya bawa bersama bekalan Performance Drink utk semasa perjalanan.

Ternyata Si Comel Balqis lebih hebat dari saya, beliau terlebih dahulu sampai dipuncak Bukit Saga. Dengan track yang licin selepas hujan saya kagum jualah dengan anak sendiri *eh sapalah lagi nak puji kans*.. hehehe..

gud job dear Balqis

Bagi yang berminat boleh mencuba utk aktiviti riadah ini bersama-sama keluarga di hujung minggu ya. Bukit Saga hanyalah di area Ampang berdekatan dengan Taman Kencana..

All in, we did enjoy our weekends together walaupun berpeluh2 plus sakit kaki..

Bersama Balqis dan my son Irfan
sementara menunggu yang lain sampai

Mamabeauty