Category Archives: Slipped Disk

Gunung Tok Nenek Single (10-11 DIS) – Part 2

Jika ikut perancangan awal trip ini tidak mendapat permit.. tukar ke Gunung Besar Hantu.. pun sama juga.. ada kes kencing tikus pula so tetiba sweeper cakap eh jadilah pula… so saya pun preparation tu macam eh jadi ke idak?? gitulah.. lagi satu my concern is within my age yang menginjak usia 40 ni you know macam2lah kan..  dengan stamina yang tak adanya.. on and off plus my all time living with slip disc lagi..

Banyak pulak kesnya berlaku semasa nak pegi ni.. dengan hp saya yang battery drained..(so semua gegambar bukanlah dari saya ya.. semuanya belas ihsan semua yang pergi..*terima kasih pada semua*)so petangnya terpaksa detour untuk hantar ke pusat servis, anak yang belum dihantar ke rumah my sis.. hahaha so agak packed gitu our schedule utk packing barang segala.

Sedari awalnya berkumpul di Linea ofis pun terpaksa saya skip sebab sudah lewat untuk kesana, so teruskan sahaja perjalanan dan jumpa di rnr Tapah untuk minum2..

after that teruskan perjalanan untuk ke kampung Raja di Cameron Highlands.. sepanjang jalan tak tidor… sememangnya saya sebegini.. kesiankan orang sebelah yang drive.. so we either eating, talking or karaoking all the way sampai mata panda ..(jenuhla duet hahaha)

Sampai Kg Raja dalam pukul 4am.. so mostly tidor masing-masing didalam kereta.. saya pun sama juga.. ambil kesempatan tak tidor sepanjang perjalanan tu utk lelapkan mata ni.. terbangun bila azan dilaungkan. Semua pun solat plus ada yang sambung tidor balik coz gerai ahkak tu buka only by 7am. so saya reading sekejap while tunggu gerai tu buka untuk sarapan dan tapau makanan untuk lunch nanti di perjalanan.

suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland
suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland

siap jer sarapan, saya makan ubat-ubatan saya.. dan tapau semua makanan tenghari, kami pun gerak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dimana Abg Poji aka abg yang kasi settle apply permit, tukang hanto naik powil plus tukang belikan segala strawberry, jagung bagai plus sayur salad yang diberi percuma sekotak.. yer SEKOTAK ya..

Parking disekolah Kg Raja
Parking disekolah Kg Raja

nampak tak tu?? berderet powil nak hangkut para pendaki2 yang nak ke Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek… tapi group saya ni ke Tok Nenek Single jer.. ada juga hari tu another group yang nak ke YYBTN (Yong Yap, Bubu, Tok Nenek)…

Disini lepas angkat beg segala, naik powil kami meneruskan perjalanan ke Pos Brooke iaitu Kampung Orang Asli.. *bukan Orang Aslia ya* hahahah..

semua naik powil ready to go
semua naik powil ready to go

keadaan lebih kurang macam ni lah dengan abg poji bawak memang mengucap jelah sepanjang jalan

img-20161213-wa0019
Keadaan macam bangla giteww dengan load barang lagi

Dalam half and hour gaksla rasanya naik powil ni… barulah sampai ke Pos Brooke perkampungan orang Asli.

Pos Brooke
Pos Brooke

sessi briefing dan baca doa sket..

nilah sebahagian peserta yang bersama-sama
Briefing oleh Ence Guide aka Afif, sebelah tu our gogo Nik, Adik2 Imad, Lai dan Shark.. *nama pun dah shark harusla padu* haha.. my sweeper dan Amai.. salute at his age 50++ still boleh layan lagi

After that, semua pun mulakan perjalanan dari situ menuju ke rumah Abg Rajis.. *betui ke??*.. ini untuk tulis nama, group mana masuk and so on.. maklumlah lalu kawasan orang kenala gitu dok.. like Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Memberi Kita Merasa *ewah*…

melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
img-20161213-wa0022
Ence Guide tgh tulis nama dan beramas mesra sama Abg Rajis

Selesai dari rumah orang asli ni teruskan perjalanan menuju ke cross sungai yang pertama..

nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut :-)
nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut

jalan lagi.. lintas sungai dan terus jalan.. trek taklah mencanak tetapi landai yang mental giteww.. canak sikit2 tu biasalah..

lepas tu teruskan perjalanan lagi sampai ke Air Terjun tersembunyi..

img-20161213-wa0035

img-20161213-wa0039

 

img-20161213-wa0029
tak pasti saya crossing yang ini atau yang lagi satu yang sampai jadi bahan “Kem Celup”.. yang mana faham tu faham lah ya hahaha
img-20161213-wa0027
jika tiada Lai agaknya tiadalah hiburan bagi kami :-)

img-20161213-wa0036

teruskan lagi perjalanan… sampai simpang Y kami regroup sekejap untuk melalui laluan buluh.. part ni memang azab sebabnya kena menunduk bersama beban beg masing-masing..

img-20161212-wa0066
selepas simpang Y menuju ke kem Lengkuas

cossing entah yang keberapa kali.. dan melalui buluh-buluh..

img-20161213-wa0005

another crossing

nampak tak tu jenuh nak tunduk segala
nampak tak tu jenuh nak tunduk segala

layan jelah laluan buloh ni… sini lutut dah start gigil sebab lapar

muka penat
muka penat (amik gamba senyumla)

dari laluan buluh ni menuju Kem Lengkuas untuk makan tengahari…

on the way tu ada camp rasanya.. tapi unknown giteww.. just berhenti take 5

take 5
take 5

dalam 2.30 ke 3pm kot baru sampai ke Kem Lengkuas ni… (ahkak ta quad seriusly) sini saya top up lagi makan ubat-ubatan, minum air garam siap, vivix, osteo semua…

sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala
sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala

sebab hari pun dah petang plus semua ala2 tak sanggup pikul beg  kan so mesyuarat tingkap segala  sebulat suara membawa berkat dan dari kata-kata manis Ence Guide juga its either bermalam di Kem Hari ataupun Kem Berlumut which is another pacak all the way there.. Kami semua pun decided untuk bermalam di Kem Hari..

Kem Kicap
Kem Kicap

There is another few camp rasanya.. Kem Asadi..

Teruskan perjalanan dari Kem Lengkuas- Kicap – Hari

another crossing

img-20161212-wa0077

dah nak dekat sampai ni kesian juga pada my sweeper.. *maklumlah beg lagi berat dari saya*.. minta take 10mnts utk dia lepaskan lelah.. so rehat lama sikit sama Imad

teruskan perjalanan dan nak dekat2 sampai ke Kem Hari tu hujan pula turun *dalam hati dah siap berdoa supaya saya tak demam*..

Sampai je ke kem Hari dalam pukul 6pm terus semua terus set up kemah bagai, fly sheet semua, ground sheet dan terus bersihkan diri coz its going to be dark very soon..

Rupanya di kem Hari ini kedatangan kami disambut dengan agas.. saya pun tak pasti bagaimana agas ni bertindak balas.. samada dengan bau busuk kami ataupun sememangnya tempat disini banyak agas… dah semalaman tak boleh tidor lagi bertepuk tampar sama agas ni..

didalam kepekatan malam dok memotong sayur, masak dibawah flysheet yang basah.. *nanges* beserta agas menemani…

img-20161213-wa0040

Alhamdulillah nikmat Allah mana lagi yang mahu kudustakan pabila perut yang lapar disajikan dengan makanan sebegini

yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa
yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa

lepas makan, solat segala.. lepas sesi suka sama suka pukul berapa nak naik ke puncak semua pun tidor..
Sememangnya dugaan itu berpanjangan.. :-(… tidor bersama agas sangatlah mencabar…

InsyaAllah saya sambung pMalam terus bersambung bersama dengkuran orang sebelah saya yang lena sahaja beserta tepuk tampar juga…

perjlanan menuju ke Puncak Tok Nenek esok atau entah bilanya hahahaha *doakan saya rajin ya awak*..

 

mamabeauty

 

Gunung Tok Nenek Single (10-11 Dis 2016) – Part 1

Puncak Tok Nenek
Puncak Tok Nenek

After 20 years dah tak pikul beban untuk naik ke gunung this is was like first time again.. jika dahulu gunung pertama yang saya daki adalah ke Stong.. itupun injured (hahaha sila gelak sebab kaki masuk lubang) trip ini after 20 years gantung beg adalah ke Gunung Tok Nenek.. not a sweet place (sweet maybe bersama my own sweeper) but tough one… well as untuk saya yang memang ada history slipped disc dan kaki kiri yang sememangnya injured sekian lama maka trip ini agak seret kaki jugaklah.. (sila percaya)..

Trip ini adalah kelolaan dari Linea Adventure, so consider saya by invitation only.. (syukurlah ada orang ajak) hahahah (matikla kalo sweeper baca)thanks to my dear sweeper yang ajak *sambil urut2 belakang* , gogo yang pandai masak.. *berani nak cakap gogo tak sedap masak???* nanti dia reject saya hehehehehe.. mr guide yang masuk air keh keh keh.. dan line up linea yang awesome.. saya jer yang siput sedut.. diorng semuanya power root..

here is the tentative dari Mr Guide aka Afif

Jumaat 9/12/2016

2200 Berkumpul di opis Linea Architect dan pembahagian ration (ini diorang jer sempat kumpul, saya hantar anak lagi so tak sempat ke opis pun.. terus shoot jumpat di rnr tapah)

2330 Bertolak ke Masjid Kg Raja Cameron Highland (minum di rnr tapah )

SABTU 10/12/2016

0400 Tiba di Masjid Kg Raja dan solat subuh (ngantuk tahap tenuk sebab takleh tido.. layan karok berdua lam keta)

6.30 tapau breakfast dan lunch. Parking kereta di sekolah Kg Raja (after solat n sempat reading supaya tak tertido, breakfast nasi lemak yang maha pedas.. berharap tak cerry berry dalam perjalanan nanti) tapau nasi goreng, nasi putih, ikan dan ayam goreng seketul plus kuah kari daging)

0800 Naik powil ke Kg Regil (Bukan selalu naik powil macam bangla tu beramai-ramai, dengan sejuknya)

0900 Tiba di Kg Regil *berasap gakla bontot naik powil bersesak2 gitu* (masa ni Ence Guide briefla sesikit nanti regroup dimana, after that baca doa makan ehhh.. doa semoga kami semua selamat pergi dan baliknya hahaha , masa ni ada gak group open yang lain dalam 30 orang naik YYBTN)

0930 Start trekking (rasa nak tercabot pinggang saya… serius sebab hangkut beban 14kg.. dengan lalu sungai lagi.. kaki pun dan start nak cramp time ni hahaha)

1100 Tiba di Simpang Y (Regroup) serius dalam hati bila ni nak makan hahaha sebab kelaparan.. so saya minum esp utk alas perut.

1230 Tiba di Kem Lengkuas (regroup) sampai sini pukul 3 petang bayangkanlah.. mau tak gigil lutut mak jemah , makan yang bekal di bungkus tadi.. masyaAllah nasi goreng tu dah hampir basi.. so berdua sejoli la saya makan bersama nasi putih sahaja with ikan goreng n ayam goreng..

1700 Tiba di Kem Berlumut (bermalam) tak bermalam disini pun sebabnya semuanya dah tak lalu nak hangkut beg masing2 gamaknya hahaha.. so after mesyuarat tingkap semua sepakat bermalam di Kem Hari

AHAD 11/12/2016

0400 Start trekking ke puncak Tok Nenek (ada 2 peserta yang tak naik puncak aka Azmi yang injured di lutut dan Mr Gogo yang katanya mauk memasak utk kitaorg nanti pabila turun.. or maybe he feel sick??? )

0730 Tiba di puncak Tok Nenek dan breakfast (Subhanallah.. tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan superb view at the top as always)

0900 Start turun ke Kem Berlumut (turun awal dari time ni sebab sampai pun awal)

1100 Tiba di Kem Berlumut dan bersiap (turun2 kelaparan gila.. so bedal lah cokodok yang digoreng pukul 1 pagi) lunch sesiap also baru turun

1330 Start turun ke Kg Regil (macam nak tercabot jari kaki ni sebabnya jari kaki start melecet)

1830 Tiba di Kg Regil (semua tahap sampai nak campak beg dah time ni.. kenapalah jauh sangat umah orang asli tak jumpa2 lagi hahahahaha)

1930 Naik powil ke sekolah Kg Raja (sekali lagi melayan angin malam pulak kali ni.. bukan tahap bontot berasap.. siap kaki pun cramp gaks)

2030 Tiba di Sekolah Kg Raja dan bersiap (mandi di dalam kawasan sekolah)..

2200 Bertolak balik ke KL (awal lagila diorang shoot balik.. saya dan Mr Sweeper take my own sweet time berehat 1 night di Kg Raja).. terima kasih pada Abg Poji yang tolong carikan rumah tumpangan.. sesapa yang nak kesini leh contact Abg Poji ya..

antara menu yang gogo sediakan

Siakap 3 rasa (lagi mau cakap gogo tak pandai masak???) kau mampoo naik gunung dapat makan siakap 3 rasa hahahaha

ayam masak kicap (yang ni tak malu saya tambah ayam sebab kebulur) hahahah..

terima kasih ya gogo yang pandai masak.. we als cuma tolong potong2 dan tolong tengok jer kikikiki…

tak trill lah cerita semua kan.. esok2 saya sambung ya coz saiya ta quad nak recall semua cerita.. ada cerita mistik, cerita kelakar plus pewai berjemaah..

mamabeauty

 

 

Cerita Saya Seorang Slip Disc – Cabaran Sekarang

Alhamdulillah memang panjang entry Cerita Saya ini.. Jika yang terlepas peluang untuk mengikutinya boleh pergi ke link di bawah ya.

Cerita Saya Part 1
Cerita Saya Part 2
Cerita Saya Part 3
Cerita Saya Part 4
Cerita Saya Part 5
Cerita Saya Part 6

Okay, berbalik kepada cabaran-cabaran yang saya hadapi sekarang ini dari segi Keluarga ya.

You know when tipikal “pemikiran” yang muda itu semestinya kuat, dan masih lagi berupaya?? Aaa inilah cabaran saya utk memberitahu kaum keluarga yang saya sebenarnya “sakit” means tidak boleh membuat kerja-kerja yang akan membebankan lagi kecederaan dan tulang saya or more to menjadi lebih teruk.

Contoh terbaik ialah pabila pergi ke kenduri yang diadakan oleh kaum keluarga terdekat. Yang bau2 bacang sahaja means yang tidak pun mengetahui hujung pangkal what is “slipped disc” ini.

Memakcik yang menyuruh kita angkat something yang maha berat dan bagaimana kita seharusnya menolak????

Jika ada ayat yang terbaik boleh kongsi ya.. hehehehe

Even now saya masih lagi tidak boleh duduk bersila or bersimpuh, duduk dikerusi didalam kadar yang lama.. more than 1 hour macm tu.. 

Duduk Bersimpuh
Duduk Bersimpuh memolek
Takkan kita nak budget canteq jer kan.. baiklah saya berlakon duduk dikerusi roda hehehehehe.. but yet tak semua orang dapat memahami. Yelah siapa yang akan percaya saya masih lagi muda *ahem sila muntah ya* hahaha tidak boleh utk membantu kerja2 “merewang” gitu utk majlis2 bukan.

Ada masanya i’m just ignore the pain and just act like a normal person.  

Kerja rumah masih lagi tidak seberapa yang saya lakukan, mostly yang ringan-ringanlah.. yang berat2 hanya minta pertolongan anak bujang saya ataupun my other half menolong.

Yet, ubat-ubatan daripada hospital saya totally dah tak makan sekarang. Bukan saya kata tidak baik cuma at one time saya pernah sakit sangat sampai menanges, makan ubat pain killers pun sudah tiada terasa apa. Maybe suda immuned badan saya ini.

Itu sebabnya saya mencari alternatif lain dengan supplemen shaklee. Bukan juga saya kata akan terus hilang, tetapi ada kalanya jika saya *lupa diri* membuat kerja2 yang diluar bidang kuasa, saya akan terasalah sakit2 tu.

Cumanya ianya berbaloi bagi saya jika dulu kesakitan berhari2, kini mungkin mengambil masa 1-2 jam sudah boleh terus melakukan aktiviti atau kerja rumah dengan selesa.

Memang kena tahu dan faham apa keperluan tubuh kita sebenarnya. Seperti saya tulis di entry ini tentang “Slipped Disc” juga.

Ataupun dengan kesan yang selamat utk jangka panjang, juga boleh mencuba dengan set sendi, Omega, AJHT dan juga ostematrix ya. 

Boleh baca entry  saya tentang “berulangnya“.

Ataupun ke entry pertama saya bermulanya dengan Shaklee dan Slip Disc ini.

Set Sendir Terbaik Untuk Slip Disc
Set Terbaik Untuk Slip Disc

Vivix terbaik utk kelegaan SLip Disc
Kebaikan vivix amatlah menyeluruh

Vivix kaya revestrol
Selain itu ianya juga amatlah bagus utk melambatkan proses penuaan

Ini merupakan salah satu usaha saya selain bersenam secara konsisten juga. Bukan tidak lakukan langsung tetapi secara istiqamah kita semestinya usaha yang terbaik utk diri kita ya.

Jika sesiapa pembaca saya yang membaca dan mempunyai ahli keluarga yang mengalami slip disc seperti saya boleh mencuba dengan supplemen shaklee ini.

Saya juga memberi percuma konsultasi kepada yang berminat. Boleh PM/Line ataupun telegram saya di 019-2511448.

Mamabeauty

Cerita Saya – Seorang Slip Disc – Semasa Kejadian – Hobi

Hobi Dahulu

Trekking , Bersukan, Berjogging

Hobi Sekarang

Membaca..

Boleh lihat kan perbezaannya dari dulu dan sekarang hehe..


Run is not advisable for Slip Disc Person
why slip disc person is not advisable to run

Doktor juga tidak menggalakkan saya utk teruskan aktiviti yang lasak2. Yang paling baik ialah Berenang.

Swimming for Slipped Disc
berenang adalah senaman terbaik utk slip disc

Kenapa Berenang???


Kerana berenang merupakan senaman menyeluruh utk sistem badan kita ya. Dari kepala hingga ke kaki semua pergerakkan adalah menyeluruh.

Apa yang mengganggu saya bila selalu berenang???

sun burn when you always go for swimming
muka terbakar 
Okay ini alasan sebenarnya hahahah you know when seseorang yang mementingkan kecantikan, if muka berbelang haruslah kan sesuatu yang agak tidak menyenangkan disitu.

Jadi keseluruhannya, saya terpaksa memperlahan aktiviti-aktiviti bersukan, zumba mumba ke aktiviti yang santai-santai sahaja untuk mengurangkan kadar kesakitan utk slip disc saya.

Boleh juga rujuk di laman2 seperti KEVIN ZAHRI untuk senaman-senaman terbaik utk tulang anda kerana tidak semuanya sesuai utk senaman renang ya.

Mamabeauty

Cerita Saya – Seorang Slip Disc – Semasa Kejadian – Kerjaya

Memandangkan kerjaya saya tidaklah hanya di office so adalah sedikit sebanyak memang menyukarkan pergerakan.

Yang paling utama pabila saya drive.. so bila bahu dan tangan sakit sangatlah hazab sebenarnya perjalanan ke tempat kerja dan balik. Terasa perjalanan yang panjang kerana jalan yang jem. 

Saya tidak dapat duduk terlalu lama sebenarnya. Setiap pergerakan saya tidak terikat utk duduk di satu tempat dengan kadar yang lama. So jika 1 jam perjalanan ke tempat kerja amatlah membebankan tulang saya.

Tiada apa yang boleh dilakukan utk meringankan sakit ini kecuali saya beli penyokong belakang saya sahaja.

Sama juga ketika ditempat kerja, saya tidak dapat duduk di depan lappy dengan kadar yang lama. 1 jam paling lama.. after kena jalan2 begitu.

Kerjaya yang sebelumnya saya pakai kasut tumit tinggi, kini saya terpaksa juga membeli kasut flat shoes. Walaupun tidaklah membantu pada saya kerana jika saya pakai flat shoes lama pun akan sakit kaki pula.. hahahah pelik kan..

Yang paling mencabar ialah bila outstation dan perjalanan paling panjang ialah didalam flight. Paling mencabar 2013, memang saya terpaksa bermalam sehari diParis sebelum meneruskan perjalanan ke Brazil. Perjalanan balik 12 jam tambah 6 jam menunggu plus another 12 jam perjalanan utk sampai ke KLIA..Memang semua keperluan saya bawa, ubat ubatan plus all supplemen tetapi rehat yang mencukupi plus terlalu lama duduk didlm flight memang menyiksakan sebenarnya.

kena berbantal tidur didlm flight
 All in saya masih lagi hari2 akan cuba utk adaptasikan rasa kesakitan ini dengan kerjaya ini.Tidak dapat lari begitulah kiranya.

somtimes orang seakan tidak percaya, ya siapa akan percaya yang perwatakan saya seakan tidak sakit.. begitulah.. and sometimes lebih baik jika kita tidak beritahu orang yang kita sakit sebab tak semua dapat mengerti dan menyelaminya keadaan kita.

Mamabeauty

Cerita Saya – Seorang Slip Disc – Semasa Kejadian – Keluarga

Saya sebenarnya tidak tahu apakah punca sebenar ataupun kronologi kejadian jika terdapat saya cedera parah ataupun terjatuh yang teruk-teruk yang menyebabkan saya terkena slip disc.
Pada tahun 2008 semasa mendaki Gunung Kinabalu saya ada terjatuh semasa turun dari puncak ke Laban Rata. Tidaklah parah sangat or maybe just a mild guling2 a few steps sebab permukaan jalan yang licin.

Tetapi kejadian yang paling terasa ialah saya terbabas semasa memandu didalam keadaan hujan renyai2 di Bukit Damansara. Alhamdulillah tiada kecederaan yang berat sampai masuk hospital, tetapi bahu kanan saya telah terlanggar pintu kereta. 

Selepas kejadian terbabas tu a week macam tu saya macam terasa sengal2 bahu kanan dan a few days after that saya rasa macam tangan kanan tidak berfungsi. Tidak berfungsi bermaksud semacam tangan paralysed giteww..ada tangan tetapi tidak boleh guna waima memegang penyapu pun jari2 saya tidak boleh menggenggam.

Semakin hari semakin sakit sampai bengkak bahu dan saya tidak menunggu lama utk pergi berjumpa specialist di Pakar Perubatan Damansara. 

Bila keputusan MRI keluar Dr sahkan saya “Slip Disc” di C3, C4, C5 dan C6. Dr. Malik iaitu Dr saya di DSC juga tidak dapat memberitahu punca2 saya terkena slip disc. Mungkin kecederaan lama katanya ataupun kemungkinan kecederaan baru yang membuatkan tulang saya mencucuk nerve.

ini contoh kepada sesiapa yang tidak tahu tulang mana ya

saya slip disc di tulang tengkuk ya so affected tangan

nampak tak relatednya bila slip disc di C area and affected nya ialah tangan???

Okes semasa sesi with Dr. Malik ini saya juga ada bertanyakan a few cara utk penyembuhan or maybe kurangkan kesakitan. Sakit slip disc ini adalah sakit yang saya sendiri tidak dapat gambarkan ya. Paling ketara nak tidur pun sakit.. *sobs sobs*.. ini yang paling mengganggu saya. 

Dr suggest utk Fisioterapi dahulu. dimana setiap kali fisioterapi bayarannya ialah dalam RM120 dan paling minima ialah 10 sesi. Kira sendiri ya pada yang tidak ada insurance cover tu. Ohh ini belum termasuk dengan ubat ubatan yang super mahal dalam a few hundreds jugak utk makan sebulan.

Dr. juga ada memberikan buah fikiran tentang pembedahan. Katanya tidaklah terlalu teruk kecederaan saya ini TETAPI ianya tiada ubat utk sembuh.. *double sobs sobs*.. dan peluang utk pulih hanyalah 50/50 selepas pembedahan.
Terasa gelap gulita juga bila mendengar kata2 Dr. Malik masa itu… What concerned me is “Macam mana nak buat kerja rumah?????”

Being mom, wife dan bekerjaya memanglah terfikir benda2 macam ni tidak boleh lari kans..

So all is it was like a disaster to me and my family members.. Semua kena berubah 180% gitulah..

Dari segi kerja rumah saya tidak boleh buat dah means angkat2 barang, mengemas umah, sapu2 sampah waima nak memasak pun saya tidak berdaya.. Memang rasa helpless disini tetapi ALHAMDULILLAH.. my other half banyak tolong plus anak2 also.

Mungkin ini juga petanda Allah nak saya berehat.. you know being mommy yang tidak pernah kenal erti rehat.. So bila kejadian ini berlaku one of the hikmah yang saya fikir.. “Allah tarik nikmat tangan ni supaya dia suh aku rehat n fikir tentang diriku jua“.. memang bukan mudah utk menerima dan melihat sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.. tetapi saya redha..

Allah.. terasa kerdil diri ni….

Masa ini jugalah saya start ambil helper utk mengemas rumah iaitu setiap hari Sabtu helper akan datang kemaslah a whole house utk satu minggu punya. Just lipat baju segala dah diagih2kan tugas pada anak2. Suami pula ambil alih tugas basuh baju setiap hari dan sidai. Alhamdulillah disitu anak2 pun dah meningkat dewasa so dah boleh diharap sgt2 membantu.

Ohh my sex life pun berubah didalam kadar 90% gitu.. no more sex ganas muahahahhah *pekop mulut*.. sebab part of my body is not willing to accept it anymore yach.. kena berlemah lembut giteww.. Saya juga terpaksa menukar tilam baru utk keselesaaan tempat tidur plus bantal yang khas utk diri saya juga.

jika tidur bantal yang tidak selesa saya akan sakit sepanjang hari
Saya juga kengkadang bila sakit, perlu memakai ini dirumah ya.

dah macam Robocop

Dan dan yang paling tidak best ialah kesan ubat steroid yang sama makan adalah menyebabkan saya tidak dapat mengawal berat badan.. *nanges disini*.. Nak sihat jadi terpaksalah makan juga ubat tahan sakit, pergi fisioterapi.

adoii dah banyak bercerita.. kita sambung ya cerita apa yang affected tentang kerjaya pula..

Mamabeauty

Cerita Saya – Kehidupan Seorang Slip Disc – Hobi

Cerita tentang hobi ni mengujakan sebenarnya.. Dari hobi banyak benda saya boleh dapat esp KAWAN..

Hobi Satu ialah gi trekking.. ini dari sejak zaman bujang sampaila dah kawin ni still masih lagi sekali sekala and sampai sekarang anak2 pun suka juga sekali sekala ikut gi trekking.

zaman bujang bersama suamiku encik norman hahaha

Kinabalu on 2008 with friends..
waras hut di laban rata

water rafting di Kuala Kubu
tanah aina ini trekking santai sahaja

ad summit Kinabalu
water rafting di Padas – saya yang pakai topi kuning hehe

Hobi Dua ialah ambil gambar.. inipun memang sukalah dari minat2, beli DSLR dan share a few moments with close friend yang suka juga spending time amik gambar ni.

unik kedai ini di atas Table Mountain South Africa

selain pemandangan saya suka potrait..

saat2 indah

tidak mudah utk tunggu moment2 terbaik

senja di Kuala Kurau

waktu yang singkat

from taiping with love

deretan buah-buahan di Saigon

bokeh hehehe

Hobi Tiga ialah memasak dan cuba resipi baru.. ini more to my own skills lah.. asah bakat sendiri giteww… idokler sampai masuk kelas memasak yach.. 

gambo memasak ya nda ada hahaha.. okes tu jer sayam2 semua..

Mamabeauty

Cerita Saya – Kehidupan Seorang Slip Disc – Kerjaya

Kerjaya didalam bidang Kesetiausahaan adalah amat memerlukan profesionalisma yang tinggi.. Remember my entry tentang “Devils Wear Prada”.. aa gitulah kaedahnya.. tidak boleh campur adukkan kerjaya dengan apa jua masalah yang melanda waima sakit, demam, dah patah riuk semua itu sila telan..

Senantiasa bersedia, walau ribut dan badai melanda saya akan tetap TERSENYUM DAN BERSEDIA

selalu senyum dan bersedia

Mungkin pada sesetengah orang alah apalah sangat jadi seorang PA pada sebuah company yang kecil. Tetapi adakah mereka tahu segala isi rumah dari tukang kebun sehinggalah driver, segala event dan renew keta pun sayalah orangnya yang akan menguruskannya.

Yang lebih orang tidak tahu ialah tatacara pemakaian seorang setiausaha ataupun PA yang beretika..

penampilan yang menarik
tiada istilah Flat shoes ya.. ini adalah salah satu daripada etika utk menjadi seorang setiausaha yang berjaya bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga keyakinan diri.

Dan yang lebih lagi orang tidak tahu kerjaya saya juga memerlukan tuntutan masa yang tidak menentu walaupun memakai heels.

walau apa jua task masih menten heels
Ohh kerjaya ini juga memungkinkan untuk outstation ya ataupun kerap kali kena menghadiri mesyuarat mewakili syarikat ataupun my own Boss.

Bidang ini juga membuka langkah saya untuk bukan sahaja terhad terhadap My own Boss tetapi juga mengenali lebih ramai orang.

Alhamdulillah saya masih lagi bersama syarikat ini dari tahun 2002 .. insyaAllah akan terus bersama.

Nanti di bahagian 2 saya ceritakan apakah cabarannya bila saya terkena slip disc dan amatlah tidak selesa untuk duduk lama, berkasut tinggi dan juga outstation.

Mamabeauty

Cerita Saya – Kehidupan Seorang Slip Disc – Keluarga

Saya ingin tinggalkan kenangan disini bagaimana perjalanan saya sebagai salah seorang yang pernah mengalami “Slip Disc”..

Cerita ini mungkin mengambil beberapa episod yang panjang dan semoga anda semua tidak jemu ya mengikuti perjalanan saya.

Saya ibu kepada 3 orang anak dimana 2 daripadanya meningkat remaja. Dan hanya si kecil yang masih bersekolah rendah. Boleh dikatakan kehidupan yang agak hectic bagi saya seorang ibu yang bekerja.
see how they grow everyday
9 to 5 ditempat kerja plus another a few hours dirumah pula. Sesiapa yang mengenali saya tentu faham dan tahu yang saya memang seorang yang independant.. jika masa dahulu anak2 masih kecil keterbatasan itu memang terasa. Drive sendiri ke tempat kerja dan balik untuk masak for family dan tiada pembantu rumah.It was like never ending story for me gitulah…

 I’m used too like kemas umah sendiri sampai puas hati, or even if dah suh my other half tolong cuci bilik air.. yang mana tak berkenan i will do another round of it. Nak kata perfection tu idokler coz sometimes baju menimbun juge tak berlipat..hehehe.. yelah ada masanya kita penat n rasa nak pejam saja mata ni without doing anything rite..
Bab memasak dirumah diawal pagi juga saya cuba siapkan sebelum ke tempat kerja dan disebabkan saya ada flexi hours means boleh bebila masa saja fix about hal keluarga or even keta rosak ke bengkel maka most of the time kecemasan, sayalah juga yang akan jadi HERO.. Alhamdulillah in other way about it.
the kids
Kerja my other half as a Snr.CAD di Architecture Firm tidak semudah yang disangka ya.. sometimes tidak menentu kerja ikut projek means tidaklah balik awal 9-5. Ada balik 7am after a whole nite utk siapkan projek.. or even gi site, or sometimes outstation juga. So HERO yang selalu ada semestinya saya.. 
This kind of thing rasanya yang membuatkan saya independant secara tidak langsung. 
Dengan terjadinya “Slip Disc” secara tidak langsung mengubah cara hidup saya yang selalu penuh, padat dan terhad utk diri sendiri.
Nantikan cerita saya seterusnya tentang – Kerjaya 
Mamabeauty