Category Archives: Uncategorized

Gunung Tok Nenek Single (10-11 DIS) – Part 2

Jika ikut perancangan awal trip ini tidak mendapat permit.. tukar ke Gunung Besar Hantu.. pun sama juga.. ada kes kencing tikus pula so tetiba sweeper cakap eh jadilah pula… so saya pun preparation tu macam eh jadi ke idak?? gitulah.. lagi satu my concern is within my age yang menginjak usia 40 ni you know macam2lah kan..  dengan stamina yang tak adanya.. on and off plus my all time living with slip disc lagi..

Banyak pulak kesnya berlaku semasa nak pegi ni.. dengan hp saya yang battery drained..(so semua gegambar bukanlah dari saya ya.. semuanya belas ihsan semua yang pergi..*terima kasih pada semua*)so petangnya terpaksa detour untuk hantar ke pusat servis, anak yang belum dihantar ke rumah my sis.. hahaha so agak packed gitu our schedule utk packing barang segala.

Sedari awalnya berkumpul di Linea ofis pun terpaksa saya skip sebab sudah lewat untuk kesana, so teruskan sahaja perjalanan dan jumpa di rnr Tapah untuk minum2..

after that teruskan perjalanan untuk ke kampung Raja di Cameron Highlands.. sepanjang jalan tak tidor… sememangnya saya sebegini.. kesiankan orang sebelah yang drive.. so we either eating, talking or karaoking all the way sampai mata panda ..(jenuhla duet hahaha)

Sampai Kg Raja dalam pukul 4am.. so mostly tidor masing-masing didalam kereta.. saya pun sama juga.. ambil kesempatan tak tidor sepanjang perjalanan tu utk lelapkan mata ni.. terbangun bila azan dilaungkan. Semua pun solat plus ada yang sambung tidor balik coz gerai ahkak tu buka only by 7am. so saya reading sekejap while tunggu gerai tu buka untuk sarapan dan tapau makanan untuk lunch nanti di perjalanan.

suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland
suasana pagi di Masjid Kg Raja Cameron Highland

siap jer sarapan, saya makan ubat-ubatan saya.. dan tapau semua makanan tenghari, kami pun gerak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dimana Abg Poji aka abg yang kasi settle apply permit, tukang hanto naik powil plus tukang belikan segala strawberry, jagung bagai plus sayur salad yang diberi percuma sekotak.. yer SEKOTAK ya..

Parking disekolah Kg Raja
Parking disekolah Kg Raja

nampak tak tu?? berderet powil nak hangkut para pendaki2 yang nak ke Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek… tapi group saya ni ke Tok Nenek Single jer.. ada juga hari tu another group yang nak ke YYBTN (Yong Yap, Bubu, Tok Nenek)…

Disini lepas angkat beg segala, naik powil kami meneruskan perjalanan ke Pos Brooke iaitu Kampung Orang Asli.. *bukan Orang Aslia ya* hahahah..

semua naik powil ready to go
semua naik powil ready to go

keadaan lebih kurang macam ni lah dengan abg poji bawak memang mengucap jelah sepanjang jalan

img-20161213-wa0019
Keadaan macam bangla giteww dengan load barang lagi

Dalam half and hour gaksla rasanya naik powil ni… barulah sampai ke Pos Brooke perkampungan orang Asli.

Pos Brooke
Pos Brooke

sessi briefing dan baca doa sket..

nilah sebahagian peserta yang bersama-sama
Briefing oleh Ence Guide aka Afif, sebelah tu our gogo Nik, Adik2 Imad, Lai dan Shark.. *nama pun dah shark harusla padu* haha.. my sweeper dan Amai.. salute at his age 50++ still boleh layan lagi

After that, semua pun mulakan perjalanan dari situ menuju ke rumah Abg Rajis.. *betui ke??*.. ini untuk tulis nama, group mana masuk and so on.. maklumlah lalu kawasan orang kenala gitu dok.. like Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Memberi Kita Merasa *ewah*…

melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
melalui jambatan gantung menujuk ke rumah Abg Rajis
img-20161213-wa0022
Ence Guide tgh tulis nama dan beramas mesra sama Abg Rajis

Selesai dari rumah orang asli ni teruskan perjalanan menuju ke cross sungai yang pertama..

nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut :-)
nak lalu ni memula layanla jugak bukak kasut.. lepas dah berapa puluh kali lalu sungai dah tak lalu bukak kasut

jalan lagi.. lintas sungai dan terus jalan.. trek taklah mencanak tetapi landai yang mental giteww.. canak sikit2 tu biasalah..

lepas tu teruskan perjalanan lagi sampai ke Air Terjun tersembunyi..

img-20161213-wa0035

img-20161213-wa0039

 

img-20161213-wa0029
tak pasti saya crossing yang ini atau yang lagi satu yang sampai jadi bahan “Kem Celup”.. yang mana faham tu faham lah ya hahaha
img-20161213-wa0027
jika tiada Lai agaknya tiadalah hiburan bagi kami :-)

img-20161213-wa0036

teruskan lagi perjalanan… sampai simpang Y kami regroup sekejap untuk melalui laluan buluh.. part ni memang azab sebabnya kena menunduk bersama beban beg masing-masing..

img-20161212-wa0066
selepas simpang Y menuju ke kem Lengkuas

cossing entah yang keberapa kali.. dan melalui buluh-buluh..

img-20161213-wa0005

another crossing

nampak tak tu jenuh nak tunduk segala
nampak tak tu jenuh nak tunduk segala

layan jelah laluan buloh ni… sini lutut dah start gigil sebab lapar

muka penat
muka penat (amik gamba senyumla)

dari laluan buluh ni menuju Kem Lengkuas untuk makan tengahari…

on the way tu ada camp rasanya.. tapi unknown giteww.. just berhenti take 5

take 5
take 5

dalam 2.30 ke 3pm kot baru sampai ke Kem Lengkuas ni… (ahkak ta quad seriusly) sini saya top up lagi makan ubat-ubatan, minum air garam siap, vivix, osteo semua…

sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala
sampai sini makan, solat jamak dan kincin segala

sebab hari pun dah petang plus semua ala2 tak sanggup pikul beg  kan so mesyuarat tingkap segala  sebulat suara membawa berkat dan dari kata-kata manis Ence Guide juga its either bermalam di Kem Hari ataupun Kem Berlumut which is another pacak all the way there.. Kami semua pun decided untuk bermalam di Kem Hari..

Kem Kicap
Kem Kicap

There is another few camp rasanya.. Kem Asadi..

Teruskan perjalanan dari Kem Lengkuas- Kicap – Hari

another crossing

img-20161212-wa0077

dah nak dekat sampai ni kesian juga pada my sweeper.. *maklumlah beg lagi berat dari saya*.. minta take 10mnts utk dia lepaskan lelah.. so rehat lama sikit sama Imad

teruskan perjalanan dan nak dekat2 sampai ke Kem Hari tu hujan pula turun *dalam hati dah siap berdoa supaya saya tak demam*..

Sampai je ke kem Hari dalam pukul 6pm terus semua terus set up kemah bagai, fly sheet semua, ground sheet dan terus bersihkan diri coz its going to be dark very soon..

Rupanya di kem Hari ini kedatangan kami disambut dengan agas.. saya pun tak pasti bagaimana agas ni bertindak balas.. samada dengan bau busuk kami ataupun sememangnya tempat disini banyak agas… dah semalaman tak boleh tidor lagi bertepuk tampar sama agas ni..

didalam kepekatan malam dok memotong sayur, masak dibawah flysheet yang basah.. *nanges* beserta agas menemani…

img-20161213-wa0040

Alhamdulillah nikmat Allah mana lagi yang mahu kudustakan pabila perut yang lapar disajikan dengan makanan sebegini

yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa
yer tidak disangkal lagi siakap 3 rasa

lepas makan, solat segala.. lepas sesi suka sama suka pukul berapa nak naik ke puncak semua pun tidor..
Sememangnya dugaan itu berpanjangan.. :-(… tidor bersama agas sangatlah mencabar…

InsyaAllah saya sambung pMalam terus bersambung bersama dengkuran orang sebelah saya yang lena sahaja beserta tepuk tampar juga…

perjlanan menuju ke Puncak Tok Nenek esok atau entah bilanya hahahaha *doakan saya rajin ya awak*..

 

mamabeauty

 

Beralih Arah atau Berubah Hati Sudah??

Headline mesti gempak.. ala-ala tajuk kemain kontroversi kan???
Well yang mana suka tajuk kontroversis seharusnya baca sehingga akhir ya hehehe..

Okay entry ini terlahir selepas status saya semalam yang ingin belajar memasak aneka talam dan membuat sandwich..

Tak sangka pula ada yang pm tanya..

“Eh.. dah beralih arah tak jual shaklee dah ke”

“Masuk bidang f n b ke pulak??”..

hiks.. jika anda-anda dan anda semua prihatin sangat sure ada ternampak #unnie’s kitchen dan saya tulis “untuk legasi anak-anak” nanti.. unnies bermaksud “Kakak didalam bahasa korea”.. so unnies ini sejujurnya terlahir pabila anak dara saya yang meminta izin utk bekerja selepas SPM nanti..

Well hati ibu mana yang tidak gundah gulana bukan melepaskan anak daranya merasa mencari uwang dan jerih perih pekerjaan.. jadi saya cadangkan pada beliau..

“Apa kata kakak jadi bos utk business kakak sendiri??”.. mama cadangkan jual dari rumah melalui instagram, fb ataupun mulut ke mulut di area subang bestari saja dahulu.. mama monitor tapi semua urusan kakak yang jaga.. every month mama kira untung selepas tolak bahan adala gaji sikit hehehe ..  “What do you think??”..

buat masa sekarang mama pegi dulu kelasnya nanti balik mama ajar kakak mcm mana nak buat n kita sama-sama buat promosi..  hiks.. Alhamdulillah beliau setuju.. so bermulalah perjalanan mommy ni utk perniagaan anak dara saya…

20043249

so apa yang beralih arahnya??? tiada pun ..

Jujurnya Shaklee sangat dekat dihati.. mana mungkin saya lupakan asbab saya konsisten bersama shaklee saya lupakan begitu sahaja..

Boleh baca ya perjalanan slip disc saya di sini

Cerita 1

Cerita 2

Cerita 3

Cerita 4

Cerita 5

Cerita 6

insyaAllah, saya adalah pengguna setia sebab Alhamdulillah dari saya terkena slipped disc, enzema dan kesihatan keluarga Allah berikan asbab utk sihat.. Kita usaha mana yang perlu yang menyembuhkan Allah jua..

Jadi janganlah malu dan segan.. saya masih lagi aktif promo tentang shaklee senantiasa sampaikan ada yang mengenali saya..

“Ingat Shaklee ingat akak”.. terharu rasa..

Untuk perniagaan anak saya nanti insyaAllah from time to time saya akan promo ya.. support anak saya mana tahu jadi calon menantu.. kikiki termelalut as usual..

Till than kesayangan saya semua.. ingat support kawan-kawan yang gigih berniaga..

Mamabeauty

Contengan Jalanan

aku lihat diriku
aku lihat diriku

Sudah agak lama tidak mencoret apa2 diruangan ini.. barangkali membeku semuanya termasuk diri ini. Semua tersimpan kemas didalam hati sendiri..

Well there’s time yang kita rasa nak freezekan saja waktu bukan dan tidak berganjak walaupun seinci, tetapi we still have to move on walau apa pun yang terjadi.

Ada yang hairan dan tertanya-tanya kenapa saya masih lagi gila untuk terus mendaki gunung walhal duduk dirumah or pegi shopping lebih baik haha

Mungkin mereka2 tidak tahu masa silam saya yang sedikit gila.. (eh sebenarnya lebih gila agaknya).. saya boleh mendaki hanya sekadar roger2 kawan sekepala dan terus pack dan jalan terus tanpa memikirkan apa2.. naik bas paling last ke destinasi dan berjalan hampir maghrib ke campsite. Apa ada hal.. segila itu saya dulu.. tiada arti utk please orang lain atau apa, lagi-lagila nak mencari jodoh kans haha..tiada istilah nak impress sesiapa.. seriusly saya suka kawan2 yang sekepala tanpa mereka ada diskriminasi jantina.

Memang saya rindu mereka, rindu dengan lawak bodohnya, rindu dengan usikan-usikan yang tiada tapisannya.. (nak tidur balik rumahla).. hahahaha pernah muntah di trek semasa naik ke GBB tapi ada yang berlagak macho katanya.. eh macam2lah.. tak terungkap kata2

Ini semua saya simpan baik-baik.. sebab kenangan memang tidak boleh dijual beli walau seberapa kali atau kerap kita naik atau turun, kita akan jumpa pelbagai ragam, orang plus tujuan yang berlainan.

Mungkin saya sekarang hanyalah sekadar utk naik dan perbaiki rekod sendiri.. sebab hanya saya yang tahu jika pertama kali naik pewai, merangkak mahupun seret kaki, kali ke dua atau ketiga saya ingin pula naik dengan prestasi saya yang terbaik insyaAllah. Kita jangan terlalu mendabik dada, aku dah naik 6-7 or even 8 kali kerana Allah yang lebih mengetahui.. diam2 sudah, orang menilai pelbagai cara.. aku hanya diam, lihat dan sesekali senyum saja..

Menikmati keindahan alam bersama hujan yang turun amatlah saya nantikan walaupun risiko saya jatuh bak nangka busuk berkali-kali. Apa arti kehidupan tanpa kejatuhan yer dok??? Kita bisa bangkit dan terus menuju ke garisan penamat.. tanpa usaha dan keazaman mana mungkin saya bisa teruskan perjalanan.

satu perkara yang saya tahu, tiada siapa yang hebat selain diri sendiri kerana kita hanyalah mencabar diri kita sendiri..

“It is not the mountain we conquer but ourselves – Edmund Hillary ”

 

Mungkin di “Contengan Jalanan yang akan datang”

Alia

 

Start Bright Series – 12

Start Bright Series Kembali
Wow sudah 12 kali kami semua menambah baiki setiap series ya

Seronoknya business shaklee dibawah group saya ialah kami mengadakan kelas percuma hampir setiap bulan ya.

Komitmen kami sebagai business leader untuk memberi penerangan lebih jelas dengan hala tuju business kepada business partner ataupun yang hanya sebagai pengguna shaklee sahaja..

Jika reader semua ingin menambah pendapatan tak kiralah sampingan ataupun menjadikannya pendapatan tetap, take the first step ya dengan mendaftar menjadi ahli RM75 sahaja dan sudah boleh hadir ke kelas2 yang insyaAllah percuma.

Kita bersama-sama belajar, bergandingan bahu untuk lebih berilmu dan berikan yang terbaik dengan cara masing-masing.

Hubungi saya di line, telegram, wassap 019-2511448 ataupun pm di fb: alia elena

mamabeauty

Hati Perempuan Seperti Roti Tissue

If you ols lelaki saya tak tahulah ya.. tetapi saya pompuan yang memang berhati tissue, idokler keras mana hatiku ini rupanya, kena gaya sure cair bak melted caramel giteww..

yang kata susahnya nak amik hati perempuan ni tak tahulah saya kenapa??? either  malas nak explore sifat2 perempuan yang begitu suka dimanja plus jika dibuat kejutan2 yang walaupun kecil-kecilan tapi impak yang besar..

Selit kata2 manis sekali sekala.. bukan hari2 ya.. its become biasa oredi occay..

melting teruih if gini bangun pagi kanssss

 Perempuan ni buat apa, diorg ingin dihargai.. walaupun dia kerja ka suri rumah yang lagila penat seharian kan tanpa henti buat kerja.. so sekali sekala amikla hati diorg ni..

kalau dah hari2 buat muka tenuk pun tak faham lagi tak tahulah saya kans..

jadi hargai mereka dengan kejutan2 luar biasa ya..

tapi, tapi dan tapi sekiranya hatinya terluka.. apa kejutan pun tak jalan.. so beware dude..
 
mamabeauty
 

Saloma – The stories behind

Motiff tak if saya kata tertengok citer Saloma???


Muahahaha, mana bisa deh.. surelah tengok dengan sepenuh hati katanya selepas a few review from my frens yang telah tengok kans..

Before penah tonton “Teater P.Ramlee the Musical” yang pada saya bestlah.. how lovey duveynya hidup diorang between P.Ramlee and Saloma tu kans..

But this time around citer Saloma pulak yang start her singing carier since 15 years old.. walaupun sememangnya dari kecik lagi her interest is on singing kans..

their kids life

 

her only siblings Mariani

Quite sad lah bila her 1st Marriage broken up with Tompel.. think of not so love kot plus no responsibilties shows of Tompel to save their marriage.. but in her age of 15-17 apalah sangat kans at that time.. 

at her 15

Kesian Saloma but she move on with her life as a singer after delivery to Armali..


with Norizan play by dunno hehe


Saya suka part when her lovey duvey with P.Ramlee.. maybe time spending together make them know each others well instead at that time P.Ramlee sudah berkahwin with Norizan..


so loving couple


Part last after they move on to Kuala Lumpur banyak sangat kedukaan menyelubungi.. and after P.Ramlee pass away, her life seems no longer have bright.. ohh begitu attached diorang ni semasa bersama kaedahnya… can see the way they call each other “Remy” and “Sally”.. mcm nama manja giteww


Bolehla layan lagu2 all the way citer ini…Baru tahu yang Saloma died in kanser..in 1983..

All in its a sad story for me..










mamabeauty

Jika Saya

Semenjak kejadian MH370 saya juga terasa traumanya menaiki kapal terbang.. tidak boleh lari perasaan itu tetap ada..selalu terfikir jikalau sayalah yg menjadi salah seorang penumpangnya??? 

Sebalikya baik kita jangan fikir yang tidak baik kan .. fikir yang baik2 sudah *aminn*
Dan bila kejadian MH17 berlaku saya menjadi lebih sebak lagi… 
Sememangnya mati itu pasti dan Allah tidak akan menundakan ianya walau sesaat pun..
Teringat perjalanan saya ke Brazil tahun lepas bilamana saya menaiki Air France.. trajedi Air France (AF447) dan saya menaiki penerbangan yang sama AF447 ketika itu.. yang terhempas amat menghantui saya sebenarnya.. tetapi sebagai umat Islam kita seharusnya bertawakal dan berserah kepada Allah.. Jika “kun fa ya kun” sudah tersurat.. redha sudah pasti ajal maut kita..
Penemuan hampir 2 tahun kotak hitam.. amatlah trajedi..
Jika kawan2 sekalian yang selalu menaiki penerbangan antarabangsa mahupun domestik, langkah awal ialah seharusnya memiliki insurans perjalanan ya..
Kita tidak tahu dimana jua MATI itu adalah pasti..


Semoga semua penumpang dan anak kapal yg pulang utk bersemadi harini dipermudahkan segala urusan mereka.. – Alfatihah-

MamaBeauty