Go Green House

Semasa on the way balik ke Kl raya haritu, saya berkesempatanla utk singgah kerumah my sister somewhere di Bagan Dato.. *tempat our new Tpm*

 Apa yang best sgt ni hehe..

 Suka dengan suasana kampung plus gi kebun dia tu hahaha.

 Orang bando aa ginilah gayanya…

kebun sayur
gi kebun gigih angkut ubat nyamuk

ini dua beranak gigih sgts ni petik cili

Dahla pakai baju kelawar sajork hahaha

besnya pokok kelapa dia rendah boleh petih gitu jer

haha letih den nonggu

suka dia dapat buah kelapa

errrkkk ini meriam rare okes.. bunyi MasyaAllah macam nak pecah tingkap
Disini mostly semua orang berkebun kelapa.. and my sister pun sama juga.. just this time around dia sulamkan kebun kelapa dia dengan kelapa matak which is kelapa yang rendah2 tu.. and ada jua tanam cili, tanam pokok dragon fruit, terung, serai, kunyit dan limau.. ohoiiii best okay.. terasa nak jadi petani moden sngts ni..

Which umah sendiri pun voley green gini.. so far yang ada pokok petola and pisang sahaja hahaha

Okay insyaAllah if projek tanam pokok sayur menjadi will share yach..

Mamabeauty

Cerita Raya 2015

Seriusly bersawang dah blog haha.. sebabnya bercinta sangat nak transfer gegambo yang maha banyak didalam hp ke lappy ni..

Ada cerita dari puasa sampaila raya hehe *okay alasan yang tidak munasabah kans*

Raya haritu as usual tahun ini merupakan tahun lontong so kita beraya di Meru, Klang dahulu and as usual juga after raya ke 3 baru kita ke Bagan Serai, Perak..

Sudah bertahun2 kitaorang tak pernah pun beraya sedondon.. ini kalilah baru terbuka hati untuk sedondon.. selalunya our raya ikut suka hati sendirilah warna apa yang nak dipakai.. hew hew..
BIla tengok balik gegambo ni eh.. cam cecantiks pulaks kans ahaks..
Pemilihan warna ofkoz sayalah yang pilih.. warna asal sebenarnya adalah “teal” which is gelap sikit biru n hijaunya.. end up warna seakan-akan turqoise ni jer yang dapat carik..

raya 2015
Our small family

raya 2015
me with kiddos

raya 2015
me with cik abe

Raya sini just visited all auties n pakcik n mokcik house yang maha sekentut jer.. keliling kampung jer.. so 2 hari pusing siap dah.. paling jauh pun gi Padang Jawa n area Shah Alam..

Ini ootd raya ke 2 pulak.. *mohon jgn muntah yach dgn aksi gediks kami*

raya 2015
my kiddos

raya 2015
Selalunya kami pakai warna warni camni hehe

raya 2015
amboi kemain  ngorats hahaha
Raya ke3 mohler kita berangkat ke Perak.. which is time2 begini all may adik beradik mostly dah tak ada disana.. ramai yang pulang either ke umah mertua dah.. and tak ada gegambo pun semasa di Perak bley?? 

All in.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambutnya bersama-sama insan tersayang plus dapat memohon maaf jua.

How’s Raya you ols pula???

Mamabeauty

Kembali ke Zaman Rock Kapak

Sempat saya belek-belek koleksi piring hitam masa zaman Rock Kapak 88-90an gitulah..

Sempat juga dengar koleksi lagu-lagu masa zaman kegemilangan Rockku ini hehe

Tak boleh blah dengan baju dan kasut kulitnya.. rambut kembang tahap bunga setaman hahaha.. time ni my 2nd brother memang rock abeslah.. dengan tali pinggang kepala singanya..

Rock Kapak
Pertama Dan Terakhir

Rock Kapak
lagu apa yang fofuler diorag ne?? Realiti dan Fantasi

Rock Kapak 90an
suka lagu diorang Dibadai Asmara

Febians Rock Kapak
x bley blah hahaha 

Those were the days lah kan.. ingat-ingat balik memang mendayu abes lagu-lagu yang slow rock lah bukan yang metal macam Lipan Bara hew hew

rock kapak
Teringat Citer ROck ku

Seriusly tak pernah dengar lagu-lagu lipan bara ni.. tadi dok belek-elek terjumpa piring hitam ni n dengar.. boleh tahanlah lagu diroang yg slow..

All ini kenangan mengusik jiwa.. ada ker yang sezaman with me???
*nampak sangat tuanya har har har*

Mamabeauty

Sungai Chiling Kami Datang Lagi

Due to my son ada tusyen back to back masa cuti sekolah memang tidak kemana-manalah jawabnya.. Kesian juga dia yang nak hadapi SPM kans.. so end up amiklah cuti sehari bawak bebudak gi tgk wayang n esoknya bawak gi Sg Chiling again.

Ini sebab dah janji sama si dobot Balqis yang dia nak camping, but due tu ramai sangat umat haritu, balik hari gaksler..

air terjun sg chilling
Renang Berirama hahaha
Dibawah still ada ramai orang beri makan ikan n nak letak bontot pun tak boleh kaedahnya.. Tapi track nak naik ke atas ni Ya Allah mencanak sungguhla.. Balqis sambil jalan sambil pot pet pot pet penat mendaki heheheh.

Air terjun atas ni tak ada orang pun.. ada 2 group n we als jer..
Sinilah saya pulun berenang hehehe coz tak brapa suka sangat berenang di kolam utk my slip disc tu nanti kulit habisla terbakar plus kering.

All ini semua puas hati kali ni dapat berenang-renang bagai dengan kolam luas n tak ada orang ramai.. 

Till next time, after raya pula katanya nak mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan.. fuhhh cabaran gaks tu sebab after raya sure tiada senaman n dah lepas melantak segala lemang, rendang bagai..

Mamabeauty

Kurus Dengan Cepat Dan Selamat Menjelang Raya

Teringat kata-kata pelanggan setia saya, katanya saya tampak kurus dan muda senantiasa jadi ditanya apa rahsianya..

Tidak keberatan utk berkongsi rahsia saya yang bukanlah lagi rahsia kerana yang penting kata saya kita semestinya mempunyai KEAZAMAN yang kuat utk dapatkan apa yang kita inginkan iaitu

KURUS beserta SIHAT

Masa kini memang agak menakutkan dengan lambakan produk-produk yang tidak melalui ujian klinikal ataupun sekadar tumbuh melata sebulan dua. Jadi yang penting ialah semestinya kita selidik betul-betul ya.

Risikonya diatas diri kita sendiri jika kita main hentam makan dan inginkan keputusan yang cepat.

Pada saya, dengan umur saya yang sudah mencecah 40an ini, memang utk kekalkan konsistensi KURUS adalah amat sukar tetapi tidak jua mustahil kan.

Yang saya konsisten makan ialah

Herbalex
Vitalea

Untuk Kulit
 Vitamin E

Yer jika dilihat memang banyak tetapi ianya amatlah berbaloi jika kegemukan yang melanda saya dahulu amatlah menakutkan dari size M ke size XL..

Yang saya lebih titik beratkan ialah SIHAT yang berpanjangan dan disamping BONUS utk KURUS dan TAMPAK MUDA senantiasa.

Siapa yang tidak mahu begitu bukan??? Diusia 40-50 masih kekal tampak 30an..

ini adalah perbedaan saya diusia 30 yang gemuk dan usia 40an yang slim melim hew hew

Gemuk pun susah
asyikla pakai cardigan sebab nak tutup segala lemak-lemak yang terbonjol

Ingin kurus dengan selamat
sangat berbeza and feel memakcik sangat dengan dagu berlapis

Nampak lebih muda dari usia
feel blessed bila dah mula kurus
Ini perjalanan saya dengan konsisten makan supplemen plus saya juga konsisten work out pergi walking setiap minggu.. bukan jogging ya hehehe..

Jadi apa keinginan anda untuk RAYA yang bakal menjelma???

Boleh hubungi saya di wassap/telegram 019-2511448 kerana saya senantiasa akan memberi konsultasi percuma bagaimana untuk kurus dengan selamat dan disamping mendapat wajah yang lebih glowing, anjal dan tampak senantiasa muda.

Mamabeauty

Allah Maha Mengetahui

Saya tak pasti bagaimana ianya bermula, tetapi yang saya pasti ianya terjadi pabila terus-terusan kesakitan yang melampau sehingga susah mahu buang air kecil aka kencing.

Ayah saya sendiri dulu last few years menderita sakit yang sama, prostate bengkak dan seterusnya kenalah pakai salur tu kan utk buang air. Alhamdulillah now walaupun dah berusia dan uzur benar, Abah dah tidak memakai salur getah lagi.

It was not a good memory utk dikenang sebenarnya.. tetapi untuk peringatan dan mungkin juga utk hebahan, rujukan mahupun ingatan kepada kita.

Sayangi mereka selagi ada..

It was a sad things to know yang setelah sekian lama now my father in laws pulak yang mendapat masalah prostate ini. Tetapi Allah menguji lebih hebat lagi.. keluar masuk hospital, buat bermacam-macam ujian lagi.. and pada yang tidak tahu bagaimana utk check prostate tu bengkak ke tidak, hanyalah dengan masukkan jari ke lubang dubur kita hew hew..

Can you imagine orang tua diperlakukan sebegitu???? sure rasa tidak selesa bukan???

Tetapi yang lebih hebat bila setelah a few examinations, he was diagnosed with KANSER..


Mungkin early stage but still kanser will grow faster if we didn’t do anything about it.

Hanya mampu melihat saya dan menjadi pendengar..

Sometimes Allah uji kesihatan orang tua kita utk melihat sejauh mana kesabaran dan kesanggupan anak-anak utk menjaga.

Allah is so great..Ujian itu adalah tarbiyah dari Allah,, Ujian adalah asbab utk kita semakin dekat denganNYA, malah semakin Allah sayang semakin kuat taufan melanda..


Mamabeauty

Awak Dimana ?? Saya Disini

Banyak betul yang saya ingin kongsikan disini..

Sekarang ni banyak rumah pula hendak diupdates haha *sila tamak kerja* tetapi blog sememangnya bertakhta dihati *tifu sgts sebab tak berhapdet kans*

Yang penting ialah adanya progress dari segi diri sendiri, dari segi ilmunya, berbisnessnya dan jua segalanyalah insyaAllah.

Ingin saya kongsikan Fanpage saya utk tatapan dan sila klik utk turut serta ya.. *paksa rela*..

Pertama adalah sudah pastinya tentang perjalanan slip disc –  MamaBeauty

 Keduaya ialah tentang penyusuan ibu-ibu selama 2 tahun – Mudahnya Mengumpul Stok Susu

Ketiganya ialah tentang Peluang Berbisness – YES, 6 sumber Pendapatan

Keempatnya ialah perkongsian tentang pesakit yang menghadapi prostate – Sayangi Prostate Anda

Itu yang saya katakan tadi banyak rumah ehehe..

InsyaAllah jika berminat juga, sesiapa blog reader saya yang ingin dapatkan e-book percuma utk Slip Disc saya akan kongsikan dengan tinggalkan email anda ya diruangan komen.

Jumpa lagi

Mamabeauty

Bila Usia 40 menjengah

Entry tertangguh banyak sungguh hew hew.. bukan masalah tiada idea tetapi tidak berkesempatan mau tulis panjang-panjang supaya tidakler membaca sebaris dua saja bukan.

Alhamdulillah, bersyukur sebenarnya.. apa lagi yang mampu diungkapkan selain syukur, syukur dan syukur..

Dari 20 an
Sehingga 30an

Banyak dugaan sebenarnya yang dilalui sebelum menjangkau usia 40 ini terutama dari 33-40 selama 8 tahun hidup yang tidak menentu.

Hidup mencari jalan Tuhan sebenarnya, dalam erti kata sebenar lalai, leka, hidup penuh angan-angan dan tiada siapa pun yang tahu. Saya berperang dengan diri sendiri selama 7-8 tahun kebelakangan ini.

like i’m counting days jika aku tidak berubah sehingga 40 mungkin aku akan selamanya begitu kehidupanku yang lagho..

Sesungguhnya Allah uji dengan kebendaan, harta dunia, cinta dan banyak lagilah ujian-ujian yang sesiapa mengenali pasti tahu. Yang tidak tahu pastinya hanya nampak kehidupan yang baik-baik sahaja.. senantiasa cerita, tiada masalah dijiwa plus apa jua yang melanda.

Sometimes tika suatu saat terasa Allah, terasa kerdilnya diri bila diuji begitu??? Allah beri macam-macam tetapi aku lupa padaNYA..

Begitu banyak nikmatnya Allah beri, lupa dan terus lupa.. Alhamdulillah Allah beri kesedaran dan semoga saya istiqamah..

Memang bukan mudah sebenarnya, dan jika hendak melabel saya ni teruk sebelum ataupun sekarang baik pun tak mampu hendak diucapkan dengan kata-kata. Biarlah ianya antara saya dengan Allah sahaja.

Semoga 40 akan menjadi titik tolak menjadi muslimah yang senantiasa ingat rendahnya kaki saya berpijak di dunia pinjaman ini.

Mamabeauty

Resepsi Ija – Part 1

Cuti panjang yang lepas berkesempatan utk menghadirkan diri ke Majlis Resepsi teman di Sri Iskandar..

Almaklumlah cuti panjang so ramaila yang ambil peluang balik ke kampung kans.. Saya tidak pula sebab parents pun akan ke KL nanti..

Tak dapat pula utk join pergi awal kerana mengangkut bala tentera bersama.. Motiffnya as long as ada dihari Bahagia.. hew hew hew..

Didalam perjalanan sempat singgah di Kellis Castle.. seriusly seumur hidup menjadi orang Perak pun tak pernah sampai lagi ke Kellies Castle ni.. *sabo jeler*.. 

So menerokailah naik turun berpeluh2 badak jugeklah sebabnya sampai dalam pukul 11.30am gitu dgn panas teriknya lagih..

Kellis Castle
Nice view

merasa bergambo ala2 60 gteewww

Kellies Castle
my eldest son
Dah berlengas segala.. jomla kita gerak ke Sri Iskandar utk check in and after ke Majlis Nikah Ija pula..

Ada cerita disebaliknya.. the kelam kabutness hew hew.. sehinggalah time2 we als as bridesmaid ni bergambo suka ria hehehe..

Alhamdulillah selamat suda menjadi Puan sekarang.. 
Ija Wedding
The poyos bridesmaid with the one and Only Perantin
IJa Wedding
 nampak tak???? gediks semuanya hahaha
Malamnya pula together-gether menanak pulut kuning dan bunga tangan utk pengantin hehehe.. heyyy “Whats friends are for” kans..

Dioranglah yang datang awal lagi penat.. dengan harung jammed lagi.. Alhamdulillah everything berjalan dengan lancar..

Nanti saya update majlis esoknya plus pihak dirumah pihak lelaki ya..

Mamabeauty