Home

Memang bukan mudah untuk mencari masa yang ada utk kumpul all of us together di hari minggu.

If saya yang tak ada dirumah, maybe anak2 pula yang busy with their programs gitulah.. or maybe my other half pula yang tak ada with us.

So jarang-jarang dapat kumpul tu.. last weekends tu when semua ada umah..moh ler kita gi bersantai-santai tgk wayang ya.

Bukan selalu pun.. ini pun sebabnya my angle Balqis tu bawah umur so mommy kenala teman nengok citer kartun *layankan jelah*..

mommy and Balqis kena geget hehehe
Memula ingat nak gi tengok di Citta Mall.. tup2 bebudak tak boleh masuk tengok citer F7 tu.. so terusla ke Subang Parade pulak mencuba nasib..
Jadiknya diroang berteega tengok F7 n mommy sama Balqis tengok citer Home. Best jugak citer ni penuh pengajaran.. 
Home

 Comel sangat watak2 citer Home ni.. esp si Oh dan Kucin tu.. 

cant wait for minions movies laks

All in it was a great movie with great company..

Mamabeauty

Start Bright Series – 2 /2015

Hari minggu yang penuh aktiviti bagi saya..

Dimulakan dengan klass “Start Bright Series” utk tahun 2015 ini. Alhamdulillah, saya di group yang betul yang senantiasa menitikberatkan pengisian ilmu utk semua ahli-ahlinya.

Lebih pengisian semestinya, belajar tentang sistem badan dan juga cara pengurusan kewangan.

Love this class so much sebabnya saya masih belum berkesempatan utk menghadirkan diri ke kelas Nutrisi anjuran Shaklee.. jadinya sedikit sebanyak dapatlah saya ilmu-ilmu baru tentang sistem badan.

Nerve systems, Brain, Skeptical.. ohh mcam2lah..

Sedikit perkongsian dari saya juga tentang testimonial “Slipped disc” bersama peserta-peserta kelas ini.

Yang berminat masih boleh hadir utk sessi yang ke dua pada 10hb Mei ini. 

SBS kali ke 2

Pembentangan Berkumpulan

sistem badan

Petangnya pula ada penerangan tentang Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan
Pengurusan Kewangan oleh Master Aznin

tips pengurusan kewangan
Start dari sekarang bukan tunggu jutawan utk pengurusan kewangan
Permulaan cycle yang bagus bagi saya insyaAllah.. selepas ini semestinya another more classes to attend.

Mamabeauty

Sessi Karoks dan Photoshoot Bersama

Menghabiskan hujung minggu bersama teman2 yang akan mengakhiri zaman bujangnya amatlah awesome hehe..

Well bukan mudah sebenarnya utk arrange when, where and so on sebabnya bukan semua orang FREE sgts utk selit waktu bersama. Refer to myself lah sebabnya most every week saya sudah penuh jadual dibulan April ini.

Utk sekian kalinya tertangguh Alhamdulillah tertunai jua.. sessi karoks plus photoshoot bersama.. walaupun memang agak penat semuanya.. ada yang balik kerja terus datang plus ada yang ambil cuti half day jua.. ini semuanya demi utk kamu hehe..

Lets layan all those moments ya..

jangan pisahkan aku dan dia

Happy Birthday Hanim.. walaupun dan terlalu lama hew hew

ini CIntaku 100% hahahah

Entah lagu apa.. Zaiton Sameon kots hahaha *nanges*
Memang semua riangkan hati masing2 and support each others punya lagu.. paling win utk Adik Adam yang nyanyi lagi “Let it Go” hahahaha

Esoknya, semua bersiap utk sessi photoshoot pula.. as usual bila ramai2 end up 11am baru mula ke tempat kejadian hew hew..

Didalam cuaca yahng panas.. maklumlah terbakar kulit semua yach.. harung jua walaupun berpeluh-peluh kaedahnya.
 
Utk gambar pre-wedding kononya..

panas2 pun sanggup hehe
inilah pengarahnya

yang bakal dirai lagi 2 minggu..

aksi utk mek Rose juga yang bakal berlangsung bulan 10

sebahagian kami..
all is it was a great pleasure to be part of them.. semoga ukhwah berpanjangan.. and selamat menempuh alam yang baru dear IJa..

Mamabeauty

Hikmah Kembara Gunung Nuang

Alhmadulillah.. itu yang paling saya bersyukur pabila dapat jejak kembali ke Gunung Bunga Buah after 20 years..

Saya pastikan utk kekal cergas plus *tidak menyusahkan orang lain* ini penting ya kerana jika kita pergi berpasukan esp bila join team lain yg bukanlah rakan baik/rakan bertepuk tampar.. ini haruslah kita ambil berat kerana jgnlah kita sampai menjadi kesusahan pada team mate yang lain.

So sebulan sebelum pergi saya dah start jogging, naik bukit kiara and so on lah sebabnya dah lama tak naik gunung.. takat bukit sikit2 tu adalah..

Perjalanan seawal 5pagi utk ke genting kerana seramai 36 orang yang akan turut menyertai trekking  kali ini. Berhenti rehat di rnr genting sempah, solat dan sarapan pagi.. plus inilah hentian terakhir utk ke toilet jua ya.. Nanti pepandaila kome nak membuang didlm hutan giteww..

Sampai di Gohtong Raya dlm pukul 7 lebih dan startla tukar kepada pakaian yang sesuai, jgnla pakai skirt nak naik gunung, kasut juga hendaklah sesuai ya supaya tidak mudah tercedera nanti..

Persekitaran adalah didalam keadaan wet wet wet selepas hujan lebat malamnya.. so boleh bayangkan ya track yang becak plus selut yang penuh nanti.. *nanges*..

Kasut yang sama ke Kinabalu
Kasut yang sama ke Kinabalu.. on 2008

Sebelum memulakan perjalanan kita stretching dahulu.. jgn belum apa2 kaki dan kejang gitula

Streching dulu apa-apa pun

selepas tu bergerak melalui kebun sayur.. selepas kebun sayur akan melalui track mencanak dlm 300mtr ke atas..

First pacak after kebun sayur..

Berhenti di check point jalan tar…

1st Check point

Dari sini teruskan perjalanan melalui batu2 kuari.. dari sini sehinggalah jumpa pula persimpangan ala2 melantai di kuala tahan.. track yang melandai sahaja tetapi sgtlah mental masa perjalanan balik.. terasa jauhnya dengan berbatu sejauh 3 kilometer..

jalan tar

jln kuari

Selepas mental tocher barulah kita sampai ke check point ke 3 untuk mendaki gunung bunga buah… naik didalam 200 meter dan selepas itu turun jauh kebawah ya sejauh 500 meter.. ini mental sgt pabila kita hendak balik kemudian kerana bila telah letih kita terpaksa naik pula di akhir nanti hew hew..

Naik dan terus naik jer perjalanan ke puncak

selepas itu track hanyalah naik dan mendatar.. naik dan terus naik muhahahhaha.. sampailah ke “Rock Garden”.. disini selalunya perhentian utk all climbers utk berhenti rehat utk mkn ya.. or sesiapa yang tidak meneruskan pendakian ke puncak, boleh berhenti rehat di rock garden sebelum turun kerana dari Rock Garden ke puncak dalam 1 jam lagi perjalanan  fuhhhh

Rock Garden tempat utk berhenti makan/solat n rehat

Akhirnya sampai juga saya ke puncak Gunung Nuang after so many times rehat take 5, take 10 or even take half an hours giteww..

Best walaupun penat hehe

Yayyy sampai sudah

mesti sampai sini barulah kira puncak gunung

masih macam dulu cumanya kali ini banyaknya lebah di atas puncak.. tak tahulah kenapa..

just amik gambo n turun semula ke rock garden utk lunch.. ada yang mkn maggie, makan roti dan mkn buah.. itu jer lah utk alas perut ya.. if nak solat here pun boleh.. sementara kitorang turun around 2pm kebawah..

ada kalanya dah mcm citer “Lord Of the Rings”..
species ulat gonggok punyak lagi..

ini mengambil masa 2 jam setengah pula utk turun..

Disebabkan stamina pun dah berkurangan, so mokcik ala2 heret kaki jualah utk turun, esp semasa pacak terakhir tadi dan track yang melandai sejauh 3km tu..

The rest is pengalaman yang tidak boleh digambarkan dan dizahirkan oleh kata-kata..

Mamabeauty

Kelas FB Ads/Marketing

Minggu lepas berkesempatan untuk luangkan masa 2 hari yang bermanfaat utk pergi ke kelas fb ads/marketing di area rumah saya.

Apa yang saya boleh katakan, terasa bertuahnya diri ini pabila saya dapat berkenalan dengan pemilik2 hebat yang menjual tudung, kuah rojak, produk muslim dan juga barangan kesihatan.
Mereka-mereka ini bukan setakat ibu-ibu muda yang mempunyai visi dan misi tetapi gigih mencari ilmu untuk memperkembangkan perniagaan masing-masing.

Dikelas itu juga saya tertarik dengan produk yang dibuat sendiri oleh owner tersebut iaitu “Kuah Rojak Serbaguna“..

Kelas FB Ads/Marketing
Didalam Kelas Sifu Eiman

Nampak cliche kan??? tetapi fanpage beliau mendapat 10/10..utk iklan yang dibuat.. means dengan sasaran pelanggan yang tepat dan mendapat respons yang bagus..

Kuah Rojak c
ni yang saya cuba mlm tadi hehe

Pada saya, hendak seribu daya bukan??? dan kita belajar dan berguru dengan orang yang betul utk perniagaan kita.

Seiring dengan perkembangan gitu..

INsyaAllah, saya juga akan menyusul.. Doakan ya..

Mamabeauty

Suatu Hari di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Akhirnya selepas 20 tahun lebih kurang barulah saya menjejak kaki lagi ke Sg Chilling ini
Dam Sg Selangor
Balqis di tepi Dam Sg Selangor

 

Nostalgia sangat tempat ini sebenarnya, sebab semasa muda2 saya selalulah jejak kaki ke sini with my dear friends.

Dulu merasalah naik bas hingga ke Pekan Kuala Kubu tu and turun cari pula teksi ataupun kereta sapulah yang akan membawa kitaorang ke Sg. Chilling.

Sekarang ni, tempat ini telah menjadi pusat penternakan ikan kelah. Itu sebabnya ianya hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Perjalanan kami tidaklah seawal pagi, just keluar macam pergi kerja tu dalam pukul 7.30 pagi, sarapan dulu n beli makanan utk tengahari pula sesiap haha sebab disana nanti tiada tempat untuk memasak, kecuali sanggup masak di bawah n bawak barang ke atas.

So hanya bungkus nasi lemak 6 bungkus, 2 mihun dan 3 ketul kuih. Air pula hanyalah 2 botol mineral kecil hahahah memang sgtlah mudah.
 
Sampai di dam Sg Selangor dulu, turun keta n amik gambo dulu hehehe
 
selfie seround di Dam sg Selangor
Selfie dulu

my girl Batrisya tu tanak berselfie katanya.. duk dlm keta hew hew.. tapi si comel Balqis tak perlu disuruh, dah kuar keta dok selfie sendiri hehe..

Sampai di depan pintu gerbang and parking keta passtu kita kena masuk ke dalam untuk register ya.

Pintu Gerbang Sg Chilling
pintu gerbang
berjalan masuk
Mungkin cuti sekolah so ramailah rombongan2 yang datang ke Sg Chilling ni gamaknya, ada budak scout yang baru balik dari berkhemah semlam, ada group2 yang besar2lah.
Sg Chilling
Beratur untuk declare makanan dan juga register
Lepas semua dah clear barulah memulakan perjalanan ya dengan melalui jambatan gantung, itupun beratur jugak.. hew hew 
see ramainya orang
Perjalanan dalam 3 kilometer dan kena lintas 7 anak sungai termasuk yg jambatan ni hehehe..

ini anak sungat yang pertama yang kitorang lintas

anak sungai pertama
makin lama makin tinggi kena lintas anak sungai ni separas pinggang, and jika hari hujan mind you ols yang airnya akan menjadi deras dan dalam…

Dan selepas 1 jam lebih sebab jammed ya amat ramai orang, kami pun sampai ke air terjun yang dijangka.. if tak ramai orang boleh cepat lagi rasanya dalam 45 minit kot.. tengokla pada stamina and keadaan sungai tu kan masa nak crossing.
sg chilling 
Banyak ikan disini, dan kita boleh beri makanan ikan yang dibeli dipejabat renjer RM2 dan beri mkn ikan2.. best jer bila kaki diurut ikan hehehe..

beri makan ikan
sgt berbaloi ya jika pemandagan sebegini yang kita nikmati
Due to ramai sangat orang yang sampai kesitu, we als decided utk gerak ke tempat lain  utk mandi.. rugi pula sebab ingatkan nak naik ke air terjun atas lagi, tetapi my angles tu tanak le pulak trekking.. so jomla angkat bontot ni kita gi cari tempat untuk mandi dan makan..
nikmat sangat makan nasi lemak bungkus hehe
makan tepi sungai sedap hingga semua licin
Jangan tak tahu ya, apa yang kita declare di pejabat segala makanan, botol air kenalah bawa turun bersama nanti, so that sungai ni pun terpelihara..

After makan mandi2 and kasilah chances ya mokcik nak bergambo..
mommy and daughter at sg chilling
mandi manda

romantika di sg chilling
kasi chancelah
okes semua, nantikan after bila masa saya insyaAllah gi memana pula ya..

Sayangi sungai anda
mamabeauty

Here We are On Your Engagement Day

Teruja dan excited.. begitulah perkhabaran yang kami semua terima bila one of our close friends yang akan bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Keterujaan bertambah  pabila Rose ingin saya utk menatarias beliau dihari bersejarah.. Allah kerdil rasa diri kerana saya agak lama tidak memegang berus..hehe..

So a few days tu dah startla carik2 barang yang tidak cukup didalam kotak hikmat saya.

Ohh Rose juga meminta salah seorang dari Superfriends utk menyediakan hantaran buat beliau..

Lets enjoy the pictures yach..

Hantaran Tunang Rose
Hantaran Yang Simple with Fresh Flowers utk Rose

Telekung for Hantaran
Kain Nikah for Him
Not sure apa benda hehe.. 

Here we goes the makeover time

   
ini dah touch up terakhir hew hew..
Hidung kasi mau mancung hehehe
ini sebahagian jer yang hadir memeriahkan mejlis..
as usual aksi kegemaran Rose hehe

z
Selamat Bertunang Rose.. happy for you..
dalam gambar ni Rose je yang berseri

After that we als makan2.. sembang2 and makan2 lagi hahahahhae
well inilah masanya pun nak jumpa diorang kans.. sokmo semua bz..

InsyaAllah after Hari Raya Korban the Majlis..semoga dipermuhkan ya dear..

Mamabeauty

Raikan Cinta

Dah lama tak bermain bersama barang2 saya ni.. 

make brush
Berus Jamban *hahahaha*

makeup case
kotak mekap
dan tak sabar juga utk mekapkan rakan yang akan melangsungkan pertunangan esok.. coz mcm majlis yang dinanti2 kot oleh kami semua..

Superfriends
All of us

Dedulu memang saya memang ambil tempahan utk majlis pertunangan, perkahwinan dan juga majlis makan malam utk sesiapa yang nak mekap. 

Well sebab saya sendiri ingin senantiasa kelihatan cantik kan.. sanggup ni gi amik kursus mekap.. Alhamdulillah memang banyak tempahan sometimes hujung minggu memang jarangla ada rumah.. but yet at the end saya ada suatu perasaan yang tak best setiap kali saya saya banyak melihat air mata bila majlis2 mcm ni diantara family members.. *hati tisu sgts nih*..

Or even saya dengar lagu2 yang maha shahdu di kenduri2 pun saya sedih…

so after that saya stop.. memang tak buat dah.. and hanya memenuhi permintaan2 teman2 rapat sahaja dan selalunya saya tidak pun mengambil apa2 upah selepas berhenti. As long as mereka berpuas hati insyaAllah saya pun sama.

ohhh saya panik dan tidak tahu ingin memakai baju apa *walaupun pakaian penuh satu closet kans*.. as usual kans.. hahaha jgn overshadow bakal pengantin sudehhh…

so excited..

mamabeauty

Misi mencari suami

Melankolik sekali sekala melanda..

saya banyak ambil iktibar dari kisah kawan saya ini..

Misi mencari suami katanya.. dikala beliau masih bujang dikala umur menjangkau penghujung 30an..

Memang bukan mudah mencari imam yang akan membimbing kita ke jalan syurga apatah lagi untuk menyayangi dan menjaga kita sehingga akhir hayat..

Dalam pada pencarian itu, ada kalanya tersalah langkah dan rasa, terjumpa laki orang yang memberi bahu utk suka-suka, yang tidak jujur ramainya..

Pernah saya terfikir dan mendoakan semoga dipermudahkan jodohnya….

Dalam pada pencarian itu, kita sendiri seharusnya cermin diri, DOA yang terbaik utk kita, DOA diberikan suami yang bertanggungjawab di dunia dan akhirat.. ada juga yang mendapat baik ya amats tetapi tidak pula solatnya.. lahai…

Perbaiki diri insyaAllah, sometimes kita rasa kita dah habis baik tetapi percayalah.. Taubat setiap hari kerana kita sendiri tidak pasti apa dosa yang telah kita lakukan dan DOAlah yang terbaik sahaja utk kita.

Jika yang datangnya tetap yang tidak baik itu sebenarnya adalah UJIAN dan DUGAAN utk kita..

Wallahualam..

wedding flowers
wedding flowers

Mamabeauty

Selalu Ada

Been bz like a bee this few weeks, entah apa yang dibuzykan lah kans.. hehe..

Buzy kemas tempat sendiri, kemas dan buang apa yang patut, nak juga tempat macam baru walaupun dah lama kans.. atleast deko2 lah sikit supaya segar utk mulakan kerja.

Banyak sangat memori di tempat ni, so i have to let it go away..

California Poppy
Kenangan Itu Indah dan Pahit

Dalam pada bz2 tu next week dah cuti sekolah kans, tak sabar nak balik kekampung plus gi hols2 bersama-sama anak2.

As usual, if balik kampung kita holiday di Penang sajalah kans.

InsyaAllah, jika ada yang akan saya kongsikan, maybe cerita cuti2 saya dan planning ahead our “cinggu” in Korean is kawan.. yang akan bertunang dan seterusnya cerita bertapa lama dah saya tak pegang berus utk mekapkan orang..

Friends are like star
Friends forever

see ya when i see ya..

Mamabeauty